23 Julai 2021

TIADA VAKSIN COVID-19 UNTUK CALON SPM TAHUN INI

Kerajaan telah bersetuju untuk tidak memberikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 17 tahun ke bawah termasuk calon Sijil Pelajaran Malaysia bagi mengelakkan sebarang risiko kes myocarditis dan pericarditis (radang jantung) selepas individu remaja mengambil dos kedua suntikan vaksin COVID-19 seperti kajian di Amerika Syarikat. 

Namun begitu, bagi pelajar tahun peperiksaan yang telah mencapai usia 18 tahun contohnya calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia, termasuk yang akan memasuki usia 18 tahun pada tahun ini, vaksinasi COVID-19 akan diteruskan mengikut penjadualan dan janji temu yang telah ditetapkan.