Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan PIBG. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan PIBG. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

14 Julai 2022

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH MENJAYAKAN PROGRAM JAMUAN LAKSA PIBG SMKPK 2022.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDERMA 
TABUNG PIBG SMK PANGKAL KALONG
YANG MENYUMBANG SEMASA
MAJLIS JAMUAN LAKSA
PADA 13 JULAI 2022



Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, AKP, AJK PIBG, pekerja dan ibu bapa yang terlibat menjayakan program tersebut pada Rabu 13 Julai 2022. Kesungguhan tuan puan membuktikan wujudnya semangat kerjasama yang baik dalam kalangan warga sekolah. Terima kasih kepada guru, AKP, AJK PIBG dan dermawan yang menyumbang kepada tabung PIBG. Semoga kerja buat kita semua dirahmati dan diberkati Allah.
Insya-Allah, pihak sekolah akan terus bekerjasama dengan PIBG demi kecemerlangan anak2.

PN. ROSLINA BINTI MUSTAPA
Pengetua SMK Pangkal Kalong

25 Mac 2013

TAN SRI ANNUAR SUMBANGKAN KOMPUTER UNTUK IBU BAPA PELAJAR CEMERLANG SMK PANGKAL KALONG


PANGKAL KALONG, 25 Mac 2013 - Ibu bapa pelajar cemerlang PMR dan SPM 2012 SMK Pangkal Kalong bakal menerima satu unit komputer sumbangan YBhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar Hj. Musa, Penyelaras Parlimen Ketereh tidak lama lagi. Beliau mengumumkan sumbangan itu semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Pangkal Kalong di Dewan Bestari petang tadi.

        Kata beliau, sumbangan itu diberikan kepada ibu bapa bukannya pelajar berkenaan bagi membolehkan ibu bapa berkenaan menggunakan kemudahan komputer dan berusaha untuk mendidik anak-anak yang lain supaya cemerlang seperti anak-anak mereka yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM yang lalu.

           YBhg. Tan Sri juga turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada tabung PIBG bagi menggerakkan aktiviti kecemerlangan. Beliau mengingatkan pihak sekolah dan PIBG supaya tidak mengabaikan pelajar-pelajar yang lemah semasa merancang apa-apa program kecemerlangan supaya pelajar yang lemah tidak terus ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang sudah cemerlang. Kedua-dua sumbangan itu disambut baik oleh PIBG dan sekolah serta amat menggembirakan ibu bapa yang hadir.
 

 


          
 










   
Dapatkan gambar-gambar lain di Facebook Kelab Fotografi SMKPK.

12 Julai 2022

MAJLIS JAMUAN MAKAN LAKSA SAMBIL MENDERMA BAGI MENGISI TABUNG PIBG SMK PANGKAL KALONG PADA 13 JULAI 2022

JAMUAN MAKAN LAKSA 
SAMBIL MENDERMA MENGISI 
TABUNG PIBG 
SMK PANGKAL KALONG


ANDA BOLEH JUGA MENDERMA SECARA DALAM TALIAN


MELALUI NO. AKAUN 

RHB 20302010110384.

HANTARKAN SLIP TRANSAKSI KEPADA
SU PIBG CG. WAN RID. (019-9895970)

TERIMA KASIH

01 April 2013

JANJI DITEPATI! - IBU BAPA PELAJAR CEMERLANG PMR DAN SPM TERIMA NETBOOK

YKK PADANG KALA, 1 April 2013 - Tepat seminggu selepas mengumumkan sumbangan komputer semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Pangkal Kalong pada 25 Mac 2013 yang lalu, hari ini janji itu sudah ditepati. 

         YBhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar b. Hj. Musa, Penyelaras Parlimen Ketereh telah menyampaikan 20 set netbook kepada ibu bapa 20 orang pelajar cemerlang PMR dan SPM 2012 SMK Pangkal Kalong. Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Tan Sri Annuar di pejabat Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala. 

Pelajar Cemerlang SPM 2012, Mohd. Adli sedang menerima netbook
daripada YBhg. Tan Sri Annuar Musa 
 
 Sebahagian daripada penerima
bersama-sama Pengetua SMK Pangkal Kalong, Tn. Hj. Mohd. Yusoff b. Setafa
 
          Semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan, beliau berkata sumbangan itu diberikan kepada ibu bapa bukannya pelajar berkenaan bagi membolehkan ibu bapa berkenaan menggunakan kemudahan komputer dan berusaha untuk mendidik anak-anak yang lain supaya cemerlang seperti anak-anak mereka yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM yang lalu.  YBhg. Tan Sri juga turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada tabung PIBG bagi menggerakkan aktiviti kecemerlangan. Sumbangan itu amat dihargai oleh para ibu bapa, PIBG dan juga pihak sekolah.
 
 

15 Jun 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-51

TARIKH : 15 JUN 2024

HARI : SABTU 

TEMPAT : DEWAN SRIKANDI BONDA SMK PANGKAL KALONG 






























Buku Program Mesyuarat Agung PIBG ke-51

Klik link di atas untuk buku program