KENALI KAMI

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO 
PENGENALAN SMK PANGKAL KALONG 2023



LANDSKAP & KEMUDAHAN FIZIKAL PADA 2023


ALAMAT:
SMK Pangkal Kalong, 
16450 Ketereh,
Kota Bharu,
Kelantan.

LOGO SEKOLAH


KOD SEKOLAH:
DEA 1132

TELEFON & FAKS:
Tel : 09-7888772
Faks: 09-7888773

E-MEL:
Dea1132@moe.edu.my

BLOG RASMI:
http://smkpkalong.blogspot.com




PETA LOKASI:



LOKASI DI GOOGLE MAPS

SEJARAH SEKOLAH (BAHASA MELAYU)

Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong ditubuhkan pada 1 Januari 1965. Pembukaan tersebut dibuat berdasarkan kesulitan masalah perjalanan murid-murid ke sekolah Aneka Jurusan Ketereh. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong ketika itu, iaitu Tuan Haji Mahmood Bin Haji Ahmad mencadangkan supaya sebuah Sekolah Aneka Jurusan dibuka di Daerah Pangkal Kalong memandangkan lokasi yang baik bagi beberapa buah sekolah di sekitar daerah itu. Cadangan itu telah diterima oleh Datuk Murad bin. Mohd. Nor, Pengarah Pelajaran Kelantan ketika itu. Maka pada tarikh 1 Januari 1965, Sekolah Menengah Rendah Pangkal Kalong ditubuhkan.

                Murid-murid dari beberapa buah sekolah sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, Sekolah Kebangsaan Gondang dan Sekolah Kebangsaan Bandar telah disalurkan ke Sekolah Menengah Rendah Pangkal Kalong. Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 57 orang murid. Mulai tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Kok Lanas mula menyalurkan sebahagian daripada murid ke Sekolah Menengah Rendah Pangkal Kalong.

                Pada peringkat awal, hanya dua tingkatan sahaja diwujudkan dan bilangan guru ialah tiga orang. Pada tahun kedua iaitu pada tahun 1966, bilangan kelas bertambah kepada empat iaitu dua kelas Tingkatan Satu dan dua kelas Tingkatan Dua dan bilangan guru bertambah menjadi lima orang. Pada tahun 1967, sekolah ini melahirkan anak sulung dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Oleh sebab bilangan pelajar kian bertambah dari tahun ke tahun, maka sebuah bangunan baru dibina. Sebelum ini, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah Pangkal Kalong menumpang di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong dan sesi persekolahan ialah di waktu petang. Bangunan baru bertingkat telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed bin. Yaakub, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu, iaitu pada 1 Julai 1974.

                Pada 13 Julai 1979, sebuah bangunan baru dua tingkat telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Musa Hitam, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu kerana bilangan pelajar kian bertambah. Pada tahun 1981, sekolah ini telah membuka Tingkatan Empat. Sebelum ini, pelajar-pelajar yang lulus SRP akan melanjutkan pelajaran mereka ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Ketereh. Memandangkan ramai pelajar sekolah ini yang berjaya dalam Peperiksaan SRP, maka keputusan diambil untuk membuka Tingkatan Empat. Pada tahun 1982, sekolah ini melahirkan anak sulung Peperiksaan SPM.

                Pada tahun 1983, SMKPK telah memperolehi satu blok bangunan lagi iaitu bangunan satu tingkat ( Blok C ), diikuti pada tahun 1988, bangunan satu tingkat ( Blok D ), bangunan satu tingkat
( Blok F ) pada tahun 1989, bangunan dua tingkat ( Blok E ) pada 1991 dan  bangunan empat   tingkat  ( dengan 4 makmal sains, ruang pejabat, bilik guru dan 1 bilik ERT ) pada tahun 1995.
                Lakaran sejarah diteruskan dengan mewujudkan Aliran Sains pada tahun 1994 untuk merealisasikan matlamat Pendidikan Negara. Pada tahun 1995, sebuah dewan serbaguna ( terbuka ) telah dibina dan dinamakan sebagai “ Dewan Bestari”. Seterusnya, selaras dengan harapan Perdana Menteri dalam bidang ICT, bangunan komputer telah dirasmikan pada tahun 2002. Manakala pengubahsuaian makmal sains di Blok A telah dilakukan untuk dinaikkan taraf sebagai makmal contoh.

            Untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar menunaikan ibadat, surau baru pula dibina dan penggunaannya secara rasmi ialah pada tahun 2003. Khusus untuk pelajar yang jauh dari sekolah, bangunan asrama yang baru ( untuk pelajar lelaki dan perempuan ) tidak ketinggalan dimasukkan dalam pelan pembangunan SMKPK. Sebanyak dua bangunan 4 tingkat telah dibina dan diguna secara rasmi pada tahun 2003.


SCHOOL HISTORY (ENGLISH)

               Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong was established on January 1, 1965. The opening was made on the basis of the difficulties of students traveling to various schools of Ketereh. The headmaster of Pangkal Kalong National School at that time, Mr. Haji Mahmood Bin Haji Ahmad suggested that a School of Various Designs be opened at the Kalong District in view of a good location for several schools around the district. The proposal was received by Datuk Murad bin. Mohd. Nor, the Kelantan Education Director then. So on January 1, 1965, Primary Kalong Primary School was established.

                Pupils from several schools around Sekolah Kebangsaan Kalong Kalong, Sekolah Kebangsaan Gondang and Sekolah Kebangsaan Bandar were channeled to Sekolah Menengah Rendah Kalong. At the beginning of the establishment, there were only 57 students. Beginning 1970, Kok Lanas National School began channeling parts of pupils to Pangkal Kalong Primary Secondary School.

                In the early stages, only two levels were created and the number of teachers was three. In the second year, in 1966, the number of classes increased to four namely two Form One classes and two Form Two classes and the number of teachers increased to five. In 1967, the school gave birth to the eldest child in the Undergraduate Certificate of Education. As the number of students increases from year to year, a new building is built. Previously, Primary School students of Pangkal Kalong were riding at Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong and the school session was in the evening. The new multi-storey building was officiated by Tuan Haji Mohamed bin. Yaakub, the then Education Minister, on July 1, 1974.

                On 13 July 1979, a two-storey new building was officiated by Dato 'Sri Musa Hitam, the then Education Minister of Malaysia as the number of students grew. In 1981, the school opened the Form Four. Prior to this, students who passed the SRP would continue their studies to Form Four in Ketereh Secondary School. Given that many of these schoolmates succeeded in the SRP Exam, the decision was made to open Form Four. In 1982, this school gave birth to the eldest son of the SPM Examinations.

                In 1983, SMKPK acquired one more block of building, one storey (Block C), followed in 1988, one storey building (Block D), one storey building
(Block F) in 1989, two - storey building (Block E) in 1991 and a four - storey building (with 4 science laboratories, office space, teacher room and 1 ERT room) in 1995.
                Historical stages continued with the establishment of the Science Stream in 1994 to realize the goal of National Education. In 1995, a multipurpose hall (open) was built and named as "Smart Board". In line with the expectations of the Prime Minister in ICT, the computer building was launched in 2002. While the modification of the science lab at Block A has been done to be upgraded as an example lab.

            To provide comfort to students, the new surau was built and the official use was in 2003. Especially for students away from school, new hostel buildings (for boys and girls) are not included in SMKPK's development plans. A total of two 4 storey buildings were built and used officially in 2003.