Isnin, 30 Disember 2013

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2014













 

  
 
  




  




 SELAMAT DATANG KE SMK PANGKAL KALONG!

Ahad, 29 Disember 2013

MESYUARAT GURU BIL 1/2014


 Tarikh : 29 Disember 2013 (Ahad), 9.00 pagi di Bilik Wawasan














Fotografi: Cikgu Abd. Bari.

Sabtu, 28 Disember 2013

AKTIVITI DI SMKPK PADA MINGGU TERAKHIR 2013


TARIKH
PERKARA
29/12/2013 (Ahad)
Mesyuarat Guru bil. 1/2014
(9.00 pagi)
Mesyuarat bil. 1/2014 BKP
30/12/2013 (Isnin)
Pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1
Mesyuarat Panitia Setiap mata pelajaran bil 1/2014
31/12/2013 (Selasa)
Pendaftaran pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5
Pendaftaran Asrama (Petang)
1/1/2014 (Rabu)
Persekolahan 2014 bermula

Khamis, 26 Disember 2013

PEKELILING PENTAKSIRAN PUSAT DALAM PBS PADA 2014

Sila klik di bawah untuk muat turun

Isnin, 23 Disember 2013

PEKELILING TARIKH PEPERIKSAAN AWAM 2014

Sila klik di bawah untuk muat turun

Jumaat, 20 Disember 2013

KELANTAN CATAT KEJAYAAN PMR TERBAIK DALAM 6 TAHUN


KOTA BHARU 19 Dis. - Kelantan mencatat kejayaan paling cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dalam tempoh enam tahun sama ada dari sudut pencapaian Gred Purata Negeri (GPN), peratus lulus am, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan peratus kelulusan mata pelajaran.


Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, negeri ini mencatat GPN 2.58 iaitu meningkat 0.04 daripada 2.62 tahun lalu dengan 99 sekolah menunjukkan peningkatan melebihi atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) tahun sebelumnya.

Beliau berkata, seramai 34,000 calon negeri ini mendaftar untuk menduduki PMR terdiri daripada 27,760 calon (81.65 peratus) dari sekolah Kementerian Pendidikan, 522 calon (1.53 peratus) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 82 calon (0.24 peratus) swasta/persendirian dan 5,636 calon (16.57 peratus) sekolah kerajaan negeri.

Menurutnya, seramai 67.89 peratus atau 18,449 calon sekolah Kementerian Pendidikan lulus sekurang-kurangnya minimum D dalam semua mata pelajaran berbanding 65.80 peratus tahun lalu dengan jumlah calon yang memperoleh semua A adalah 6.78 peratus atau seramai 1,839 orang berbanding 5.79 peratus pada 2012.

Dalam masa sama, beliau turut memuji pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra, Kuala Krai iaitu sebuah sekolah harian biasa yang mencatat keputusan setanding sekolah elit lain dengan kelulusan 100 peratus dan 81 calonnya mencatat semua A sehingga melayakkan sekolah tersebut memperoleh GPS 1.12 iaitu pada kedudukan keempat terbaik di negeri ini.

"SMK Dato' Ahmad Maher mendahului jumlah tertinggi pelajar dengan keputusan semua A iaitu seramai 102 orang, Sekolah Menengah (SM) Sains Tengku Muhammad Faris Petra (96 orang), SM Sains Pasir Puteh (89 orang), SMK Zainab (1) (89 orang), Maktab Sultan Ismail (83 orang), SMK Kubang Bemban (80 orang), SM Sains Machang (68 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati (66 orang) dan SMKA Melor (64 orang).

"Sekolah dengan keputusan GPS terbaik iaitu di bawah 1.20 adalah SM Sains Pasir Puteh (1.05), SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (1.06), SM Sains Machang (1.10), SMK Sultan Yahya Petra 2 (1.12), SMK Dato' Ahmad Maher (1.16), SMKA Lati (1.17), SMK Kubang Bemban (1.17), SMKA Tok Bachok (1.18) dan SMKA Melor (1.19).

"Sebanyak 16 sekolah mencapai keputusan 100 peratus berbanding 13 sahaja tahun lalu, antaranya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Kauthar, Kota Bharu," katanya dalam sidang akhbar majlis pengumuman keputusan PMR 2013 di Bilik Gerakan Jabatan Pendidikan Kelantan, di sini hari ini.

Hussain memberitahu, terdapat 10 mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan peningkatan dan mengatasi peratus kelulusan peringkat nasional iaitu Bahasa Tamil (100 peratus), Geografi (95.3), Sejarah (98.1), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Perdagangan dan Keusahawanan (99.7), KHB Kemahiran Teknikal (98.8), Sains (95.7), Matematik (96.3) dan KHB Pertanian (97.2).

Sementara itu, katanya, sembilan mata pelajaran menunjukkan GPMP negeri ini mengatasi atau menyamai peringkat nasional iaitu KHB Perdagangan dan Keusahawanan (1.87), KHB Ekonomi Rumah Tangga (1.90), KHB Kemahiran Teknikal (1.90), KHB Pertanian (2.23), Sejarah (2.36), Geografi (2.49), Bahasa Arab (2.50), Bahasa Melayu (2.25) dan Sains (2.75).
Beliau berkata, lapan mata pelajaran memperoleh peratusan pencapaian cemerlang gred A mengatasi nasional iaitu KHB Perdagangan dan Keusahawanan (44.9 peratus), KHB Ekonomi Rumah Tangga (46.2), KHB Kemahiran Teknikal (48.8), KHB Pertanian (33.2), Bahasa Arab (36.7), Sejarah (27.6), Bahasa Melayu (32.5) dan Geografi (30.8).

"Saya bersyukur dengan keputusan terbaik yang dicapai ini yang juga merupakan PMR terakhir sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun depan.

"Saya mengucapkan syabas kepada semua pelajar yang berjaya dan terima kasih kepada semua pegawai, guru, ibu bapa dan semua pihak yang membantu kejayaan ini," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 19 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR TERBAIK SMKPK - GPS 2.31













GPS : 2.31 (No. 14 di PPD Kota Bharu, Kelantan)
PERATUS KELULUSAN : 76.4%

PENCAPAIAN:
9A 3 orang (Semua A)
8A 2 orang (Semua A)

Senarai nama (9A - 7A):

  1.  
NURUL ASYIKIN BT. AB. AZIZ
P
9A
(Semua A)

  1.  
SITI NUR FAZLIN BT. AHMAD
P
9A
(Semua A)

  1.  
ZURAINI BT. ZUL
P
9A
(Semua A)

  1.  
AHMAD LUKMANUL HAKIM B. SHAMSUDIN
L
8A
(Semua A)

  1.  
AMIN B. ZAKARIA
L
8A
(Semua A)

  1.  
NAWAL AFIFAH BT HISBUL BAHRI
P
8A 1B

  1.  
NUR FATIN ADINA BT. IBRAHIM
P
8A 1B

  1.  
NUR SYARAH AUNI BT. AHMAD
P
8A 1B

  1.  
NURUL AIN BT. MOHD SABEKI
P
8A 1B

  1.  
RAJA NURFARAHANIS BT.  RAJA SAKTI
P
8A 1B

  1.  
NUR FATIN ADINI BT.  IBRAHIM
P
8A 1C

  1.  
MOHAMAD AZRIEL IZZAT B.  MOHD RAZALI
L
7A 1B

  1.  
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ B. MOHD TALIB
L
7A 1B

  1.  
NURUL ATIQAH BT. ZAINUDDIN
P
7A 1B

  1.  
AHMAD HAMIZAN B. YACOB
L
7A 1C

  1.  
NUR MARDHIAH BT. AB HALIM
P
7A 1C



















































Tahniah!