Selasa, 30 Januari 2018

PELUANG BELAJAR SAINS & GEOGRAFI - MELIHAT FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 31 JAN. 2018


KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena  gerhana bulan penuh yang akan berlaku pada 31 Januari ini. 
Fenomena gerhana bulan dijangka mengambil masa selama lima jam 17 minit itu bermula pada jam 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari). 
"Di Semenanjung,  gerhana sedang berlaku ketika bulan  terbit di ufuk timur, manakala Sabah dan Sarawak, fenomena ini akan bermula selepas bulan terbit.
"Fasa gerhana penuh maksimum adalah pada jam 9.29 malam dan keseluruhan gerhana berakhir pada jam 12.08 tengah malam iaitu pada 1 Februari," kata Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), dalam kenyataan, hari ini.
Gerhana bulan penuh turut  berlaku di timur Eropah, timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara. 
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi. 
Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.
Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari ini  berbeza daripada gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi dan kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.
Klik di sini untuk membaca seterusnya.
Klik di sini pula untuk Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

LADAP 2 2018 - CERAMAH PAK21 OLEH EN. MOHD. HASSANY HASHIM, KPP BAHASA MELAYU JPN KELANTAN PADA 30 JAN. 2018














Jumaat, 26 Januari 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKPK KALI KE-44 PADA 27 JAN. 2018