28 April 2021

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Katanya, keputusan besar membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 itu sudah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Pagi tadi (hari ini) saya sudah membentangkan kertas memorandum jemaah menteri berkaitan dengan (pemansuhan) UPSR ini.

"Pentaksiran akan dilaksanakan untuk murid sekolah rendah khususnya tahun enam dan pihak KPM akan memperkasakan PBS dan PBD secara menyeluruh mulai 2021.

"Tidak ada peperiksaan ganti untuk murid darjah enam ini," katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, selari pemansuhan UPSR, kerajaan membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK).

"Penilaian bagi murid berkeperluan khas ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah mengikut PBD," katanya yang turut memberitahu kemasukan lepasan tahun enam ke tingkatan satu bagi 2022 akan dibuat berdasarkan peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Dalam pada itu, beliau mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan, namun konsep penilaian masih dikekalkan dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan.

Menurutnya, antara alasan utama yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan itu ialah mengambil kira masa yang ada untuk pelajar membuat persediaan khususnya pembelajaran secara bersemuka bersama guru di sekolah pada tahun ini.

"Kita lihat keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Kita mengambil kira keadaan semasa serta tanpa pelaksanaan PT3 untuk tahun ini, kaedah pentaksiran murid boleh juga dilaksanakan.

"Jadi untuk tahun 2021 sebagaimana pada tahun 2020, pentaksiran murid adalah berdasarkan tiga komponen utama iaitu PBD, Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)," katanya.

Radzi berkata, seperti tahun lalu, kemasukan ke sekolah khusus atau asrama ke tingkatan empat pada 2022 akan dibuat berdasarkan PKSK.

"Maknanya jika ada anak yang berhasrat ke asrama penuh pada 2022, mereka boleh menduduki PKSK pada tahun ini," katanya.

SUMBER BERITA: https://www.msn.com/en-my/news/berita/upsr-dimansuhkan-pt3-tahun-ini-batal/ar-BB1g7JVh 

SOAL JAWAB TENTANG PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

 PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

(UNTUK RUJUKAN PERMOHONAN TAHUN 2022)


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

 

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?

 

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 

Sekolah Menengah Teknik  

(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

 

3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point?

 

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

 

4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?

 

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid  

(APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan  

menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid  secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

 

5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

 

PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) (sekarang sudah dibatalkan jadi hanya PKSK sahaja ) atau  

Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai  penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

 

6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?

 

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

 

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%

 

Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%

 

Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%


7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

 

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

 

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

 

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B  

secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

 

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

 

8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

 

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

 

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

 

Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi  

Pengkalan Data Murid (APDM). 

 

10. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

 

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan  

https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan 

 

https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.

 

11. Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem 

berbeza  daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

 

Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.

 

12. Selain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah pemohon juga boleh membuat permohonan secara offline (secara manual)?

 

Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).


13. Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?

 

Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana - mana Sekolah Khusus.

 

14. Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?

 

Tidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang telah ditetapkan sahaja.

RUJUKAN: https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk 

25 April 2021

COVID-19: SEMUA SEKOLAH DI KELANTAN TUTUP SEHINGGA 1 MEI 2021

SEKOLAH DI 7 DAERAH + 3 DAERAH LAGI TUTUP

KOTA BHARU: Sekolah di tiga daerah di negeri Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang ditutup sehingga 1 Mei ini. 

Penutupan itu menjadikan jumlah keseluruhan 596 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri itu ditutup bagi mengekang penularan COVID-19. 

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Zulkernai Fauzi dalam satu pemakluman, berkata penutupan sekolah itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (Khas) Negeri Kelantan-Penguatkuasaan COVID-19 hari ini. 

Katanya, mesyuarat itu mencadangkan kepada Jabatan Pendidikan negeri supaya menutup semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM di tiga daerah membabitkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. 

"Cadangan ini dipertimbangkan dan dengan mengambil kira situasi semasa, KPM membuat ketetapan semua sekolah yang berada di tiga jajahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup selama tujuh hari.

"Semua pelajar yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama," katanya.Beliau berkata, semua guru pula diminta untuk memastikan dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang penutupan sekolah."Semua Pegawai Pendidikan Daerah perlu terus membuat pemantauan di semua sekolah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi," katanya.

Terdahulu, media melaporkan penutupan semua sekolah di tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah serta semua 93 sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan di negeri ini disambung sehingga 1 Mei depan. (BH)

20 April 2021

BERITA HARIAN: Jangkitan pantas COVID-19 di sekolah

Jangkitan pantas COVID-19 di sekolah disebabkan pelbagai faktor April 20, 2021 @ 1:53pm

19 April 2021

Program Galakan Membaca (Nilam) 2021 di rumah anjuran PSS SMKPK


Assalamualaikum...

🔊Jom sertai Program Galakan Membaca (Nilam) 2021 di rumah.

Pelajar boleh merekod bacaan tersebut di dalam google form 

https://forms.gle/J5xc1SZZt9oTbGXYA 

      🎁Hadiah menarik menanti pembaca terbanyak.

📝Selain daripada itu terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh disertai seperti:

    🖼️ pertandingan mencipta poskad raya

    📸pertandingan gambar kreatif bertemakan "jom baca"

    🎥pertandingan video resensi buku

    📔"jom baca" pada 22 April 2021 jam 11.00pg

Terima kasih

#smkpk membaca

#bacafikiramal


📚PSS SMK PANGKAL KALONG📚


Google Docs (https://forms.gle/J5xc1SZZt9oTbGXYA)

PROGRAM GALAKAN MEMBACA (NILAM) 2021 PSS SMK PANGKAL KALONG

Nilam online ini diwujudkan untuk mengumpul dan merekod data nilam 2020. Bacaan yang menarik

 SILA KLIK KE SUBLAMAN PSS DI ATAS

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

TAHNIAH GURU KANAN SAINS & MATEMATIK (GKSM) SMK PANGKAL KALONG YANG BAHARU - PN. RAZIMUNIRA BINTI CHE MUD

12 April 2021

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI TINGKATAN 4 2021


CERAMAH KEROHANIAN - ADAB DAN AKHLAK MEMULIAKAN GURU


TAKLIMAT DISIPLIN 


TAKLIMAT PAKEJ MATA PELAJARAN OLEH PKP


KEPENTINGAN KO KURIKULUM PAJSK OLEH PKKO