24 Ogos 2021

ANGKARA COVID-19: 1,517 murid hilang kasih sayang

1,517 murid hilang kasih sayang ibu bapa

Kuala Lumpur: Fakta menyedihkan apabila seramai 1,517 pelajar di seluruh negara disahkan menjadi anak yatim atau yatim piatu akibat kematian salah seorang ibu bapa atau kedua-duanya sekali akibat virus Covid-19.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, angka direkodkan antara Mac tahun lalu sehingga Ogos itu disifatkan amat mendukacitakan dan perlu diambil langkah pembelaan sewajarnya.

"Walaupun angka ini dianggap kecil berbanding lima juta pelajar di seluruh negara ketika ini namun isu kebajikan semua anak-anak mangsa Covid-19 ini tetap diambil perhatian serius.

"KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah sentiasa peka terhadap nasib pelajar yang kehilangan ibu bapa ini," katanya.

Menurutnya, KPM turut menubuhkan pasukan khas iaitu Kebajikan Murid Guru di peringkat kementerian bagi memastikan tindakan dan bantuan segera disalurkan kepada golongan terbabit.

"Pelbagai bantuan akan disalurkan dengan segera antaranya bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan bantuan bekalan makanan di bawah Rancangan Makanan Tambahan bagi mereka yang layak serta penempatan pelajar ke asrama di bawah kelolaan KPM," katanya.

Sebelum ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan seramai 33 kanak-kanak di seluruh negara dikenal pasti KPWKM menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, maklumat mengenai kanak-kanak itu diperoleh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, berikutan itu pihaknya akan memastikan kebajikan kanak-kanak itu terjaga dengan memberi perlindungan kepada mereka bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Menurutnya, kementerian mengambil inisiatif membuka penempatan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan akibat Covid-19 di tujuh institusi mengikut zon seluruh negara.

Institusi itu adalah di Rumah Kanak-Kanak (RKK) Pokok Sena, Taman Sinar Puteri (TSP) Batu Gajah, Melaka, TSP Cheras, Rumah Budak Lelaki (RBL) Melaka, RKK Mini Kelantan, TSP Kota Kinabalu dan TSP Kuching sebagai penempatan kanak-kanak sama ada secara sementara atau tetap.

SUMBER:

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/08/746263/1517-hilang-kasih-sayang

 Mohd Khidir Zakaria, Murnaena Muhammad Nasir dan Ruwaida Md Zain  

am@hmetro.com.my 

17 Ogos 2021

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PPD KOTA BHARU 2021

TARIKH: 18 OGOS 2021

MASA: 3 PETANG

PLATFORM: LIVE STREAMING YOUTUBE CHANNEL

LINK:

https://www.youtube.com/watch?v=ibK16-DQJsA

#KEHADIRAN

#E-SIJIL

14 Ogos 2021

Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy


Bernama Ogos 13, 2021 12:28 MYT

KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan memulakan proses vaksinasi kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelarasnya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata PICK akan memulakan vaksinasi mengikut keutamaan iaitu remaja (12 hingga 17 tahun) yang mempunyai masalah penyakit kronik, diikuti individu remaja (12 hingga 17 tahun) tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur. 
Khairy berkata kaedah ini dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
(SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-suntikan-untuk-remaja-12-hingga-17-tahun-akan-dimulakan-khairy-313790 .)

SELAMAT BERSARA CIKGU KANG GUAN TI PADA 14 OGOS 2021