10 Julai 2021

HARI RAYA AIDILADHA JATUH PADA SELASA 20 JULAI 2021M

 KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 20 Julai ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini. - BERNAMA