29 Mei 2021

INFO SAINS & KESIHATAN- KENALI JENIS VAKSIN COVID-19


 

 


SUDAHKAH ANDA & KELUARGA ANDA MENDAFTAR?

27 Mei 2021

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH MURID-MURID SMKPK - LOCKDOWN KENDIRI


BERCUTI SAMBIL LOCKDOWN KENDIRI.
ISIKAN MASA DENGAN BELAJAR!


Jumlah kes harian akibat COVID-19 semakin meningkat. Begitu juga kes kematian, kes di ICU dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan. Hospital dan PKRC semakin penuh..

Oleh itu, KKM ingin terus menyeru rakyat Malaysia untuk mengamalkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga sebagai langkah memutuskan rantaian penularan COVID-19. Ini mengambil kira situasi semasa yang semakin serius di mana COVID-19 menular di kebanyakan tempat, akibat daripada peningkatan kes-kes sporadik dalam komuniti. Secara tidak sedar, sesiapa sahaja boleh dijangkiti atau menjangkiti individu lain.

Hakikatnya virus tidak bergerak, yang bergerak adalah manusia dan yang berhimpun juga adalah manusia. Semakin banyak pergerakan masyarakat dan kontak dengan orang lain, semakin tinggi kebarangkalian untuk virus SARS-CoV-2 merebak dan menjangkiti. Lebih-lebih lagi jika masyarakat tidak memakai pelitup muka, saling bersentuhan, tidak menjaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 hingga 2 meter di antara satu sama lain, bersesak-sesak di tempat yang sempit, dan tiada pengudaraan yang baik. Tindakan-tindakan seperti inilah yang perlu dielakkan semua pihak agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga serta kurangkan berada di luar rumah. Antara amalan-amalan atau langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Kekal duduk di rumah dan hanya keluar apabila perlu;
  2. Sekiranya perlu keluar, hanya seorang wakil bagi setiap rumah untuk sebarang urusan di luar serta sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan;
  3. Bekerja dari rumah bagi mereka yang dibenarkan. Majikan juga diminta akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara mengenai polisi Bekerja Dari Rumah;
  4. Rancang pergerakan bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam;
  5. Penuhkan tangki minyak kenderaan supaya tidak perlu kerap mengisinya;
  6. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti berisiko yang melibatkan orang ramai;
  7. Belilah barang keperluan secara atas talian atau secara pukal bagi kegunaan seisi rumah;
  8. Buat temujanji sebelum berjumpa dengan doktor;
  9. Masak makanan sendiri yang lebih berkhasiat;
  10. Kekal sihat dengan mengamalkan pelbagai aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;
  11. Amalkan prinsip tidak menerima tetamu di rumah untuk tempoh ini. Sebaliknya, optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan ahli keluarga dan rakan;
  12. Beribadahlah di rumah bersama ahli keluarga atau isi rumah masing-masing;

Rutin di atas adalah sesuatu yang tidak asing bagi penduduk Malaysia. Kita pernah membuktikan bahawa Malaysia mampu mengawal pandemik COVID-19 dengan mencatatkan sifar kes harian pada gelombang kedua. Kita haruslah terus konsisten mematuhi SOP yang telah digariskan dan berusaha mengamalkan langkah-langkah Kawalan Pergerakan Kendiri dan Keluarga.

Kita mungkin belum menang, tetapi kita belum kalah. Tanggungjawab kini di atas bahu kita semua untuk menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

SUMBER: FB Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 

http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/05/saranan-amalan-kawalan-pergerakan-kendiri-dan-keluarga-bagi-memutuskan-jangkitan-covid-19 

27 MEI 2021 - STATUS COVID-19 TERTINGGI DI MALAYSIA DAN KELANTAN

 #wargasmkpkjagasemua



16 Mei 2021

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN YANG KE-50 TAHUN PADA 16 MEI 2021

 Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021


Selamat Hari Guru kepada semua guru serta pendidik di Malaysia. Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 yang disambut pada hari ini, 16 Mei 2021 merupakan paling bermakna kerana telah genap 50 tahun semenjak ianya disambut buat kali pertama pada tahun 1972.
Dalam Ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin yang disiarkan serentak di beberapa stesyen televisyen hari ini, sempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, telah diumumkan juga dua anugerah khas yang memberi penghargaan kepada tokoh guru. Dua anugerah tersebut adalah Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan.
Puan Hajah Noorizan binti Mohamed yang merupakan mantan Pengetua SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan telah terpilih untuk dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2021. Manakala, dua penerima lagi telah dinobatkan dan dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan Tahun 2021. Penerima anugerah ini merupakan mantan-mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) iaitu YBhg. Dr. Amin bin Senin yang merupakan mantan KPPM dari tahun 2017 hingga 2019 dan YBhg. Dr. Habibah binti Abdul Rahim yang juga merupakan mantan KPPM dari tahun 2020 hingga 2021.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Tema yang sama telah digunakan pada tahun ini iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini menyentuh peranan guru dalam memperkasakan keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).
Kepada semua guru dan pendidik khususnya, andalah pewaris negara bagi membentuk generasi baharu.
Selamat Hari Guru dan Terima kasih cikgu!

SUMBER: FB KPM

Hari Guru 2021: Konsep pembelajaran yang baik perlu sentiasa relevan - PM Muhyiddin


PUTRAJAYA: Perubahan yang berlaku akibat pandemik COVID-19 jelas membuktikan konsep pembelajaran tidak harus terperangkap di antara 'four walls of a room', kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, konsep pembelajaran yang baik mesti relevan pada setiap masa dan setiap tempat. Dalam suasana norma baharu, ujar Perdana Menteri lagi, penyampaian perkhidmatan secara maya sudah mula meluas khususnya dalam kalangan warga pendidik.
"Hari ini, pelantar pembelajaran digital mendominasi kaedah pembelajaran sebagai sokongan pembelajaran sedia ada yang dijalankan dalam bilik darjah.
"Sejak 15 Jun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan platform baharu pembelajaran digital untuk guru, pendidik dan murid, iaitu ‘Digital Educational Learning Initiative Malaysia’ atau DELIMa.
"Platform ini merupakan salah satu peluang untuk para guru berusaha memperkasa diri dalam membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara digital.
"Guru-guru kini mengorak langkah menguasai pelbagai aplikasi digital pendidikan untuk kegunaan PdP secara dalam talian yang membolehkan murid-murid mengikuti kaedah pembelajaran normal baharu,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena sambutan Hari Guru ke-50, bertemakan “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”, secara langsung di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau menyedari cabaran menjalankan PdP secara dalam talian, terutamanya ketika pelaksanaan PdP di rumah (PdPR).
Namun, katanya lagi, beliau telah melihat ramai di kalangan guru yang berjaya menghasilkan pelbagai bentuk bahan PdP.
"Ini merupakan suatu proses yang mempunyai ruang penambahbaikan yang luas.
"Saya harap pihak KPM akan terus mendengar cadangan dan input daripada setiap lapisan warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak sendiri, demi menambahbaik pendekatan PdP dari masa ke semasa,” tambahnya.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-guru-2021-konsep-pembelajaran-yang-baik-perlu-sentiasa-relevan-pm-muhyiddin-298231 

Tiada tercicir penyampaian pendidikan alaf baharu - Ucapan PM sempena sambutan Hari Guru 2021 pada 16 Mei 2021

 

KUALA LUMPUR: Pendidikan digital menjadi instrumen penting kepada dunia pendidikan hari ini bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama ketika pandemik dengan memastikan tiada gangguan dalam proses pembelajaran. 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, sejak lebih setahun lalu, proses PdP konvensional sudah banyak bergantung kepada pembelajaran secara dalam talian yang kini menjadi kebiasaan baharu dalam sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, dalam agenda pendidikan inklusif ini, kerajaan akan memberikan tumpuan untuk mengurangkan kadar keciciran murid dan memastikan golongan tertentu termasuk murid Orang Asli dan pribumi turut menerima pendidikan seperti murid yang lain.

"Pendidikan digital menjadi pilihan sebagai kaedah PdP untuk memastikan murid kekal menerima pendidikan walaupun sekolah ditutup.

...lagi di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/817215/tiada-tercicir-penyampaian-pendidikan-alaf-baharu-pm 

15 Mei 2021

12 Mei 2021

11 Mei 2021

SOP PKP 3.0 BERKUAT KUASA 12 MEI - 7 JUN 2021

SENARAI PENUH SOP PKP 3.0 BAGI TEMPOH KUATKUASA 12 MEI – 7 JUN 2021 (DIKEMAS KINI)

Pada 10 Mei 2021 YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan sebuah kenyataan khas bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) kini dikuatkuasakan di seluruh negara.

Ia bertujuan membendung penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Berikut adalah antara SOP AM PKP 3.0 yang dimumkan:

  1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh;
  2. Larangan SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kendurikendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;
  3. Larangan semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;
  4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;
  5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;
  7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan
  8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.
  9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
  10. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;
  11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Tarikh PKP dan larangan ini dikuatkuasakan dari 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Terkini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan perincian SOP PKP 3.0 untuk rujukan semua.

PM UMUM PKP SELURUH NEGARA

06 Mei 2021

AGIHAN ZAKAT SEMPENA IHYA RAMADAN 1442H/2021M PADA 6 MEI 2021 SECARA DRIVE THRU


  





TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENYUMBANG ZAKAT KEPADA SMK PANGKAL KALONG SEMOGA DILIMPAHKAN KEBERKATAN OLEH ALLAH SWT