Isnin, 30 September 2013

MJALIS IZIN ILMU CALON PMR 2013


30 SEPTEMBER 2013 - Majlis Izin Ilmu Calon PMR 2013 yang akan menduduki peperiksan PMR mulai 2 Oktober 2013 telah diadakan di Dewan Asrama SMKPK pada pagi ini. Majlis yang dihadiri oleh calon PMR dan guru-guru yang mengajar di tingkatan tiga itu turut disertai oleh barisan pentadbir diketuai oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Nik Hasemah bt. Mamat selaku wakil Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru kanan mata pelajaran. 

Selain mendengar ucapan, calon-calon PMR turut bersalaman dengan guru-guru mereka sambil memohon maaf serta restu agar segala apa yang telah diajar akan dapat digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan PMR.




















(Gambar-gambar sumbangan Cikgu Abd .Bari)

Jumaat, 27 September 2013

LARANGAN PELAJAR BAWA TELEFON KE SEKOLAH KEKAL


Kementerian Pendidikan buat keputusan muktamad pelajar tidak boleh bawa telefon bimbit ke sekolah

BH 27092013 - Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mengekalkan larangan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah kerana gajet itu didapati berisiko mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Ketetapan itu sekali gus menolak cadangan sebelum ini yang dibangkitkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Wee Ka Siong pada Julai tahun lalu, pelajar akan dibenarkan membawa telefon bimbit dan gajet ke sekolah mulai tahun ini secara bersyarat. 

Bantah cadangan
BH Selasa lalu melaporkan Kementerian Pendidikan digesa menyelesaikan isu itu yang masih menjadi teka-teki, malah pertubuhan guru dan ibu bapa yang dihubungi kebanyakannya membantah cadangan itu.


Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian, Datuk Mazlan Mohamad berkata, keputusan itu diambil selepas menjalankan kajian, penelitian dan perbincangan terperinci.

KEMAS KINI: BANK SOALAN PERCUBAAN PMR & SPM 2013 NEGERI/DAERAH/ZON/SEKOLAH PILIHAN DLL.



Klik di atas ke Laman Web Bumi Gemilang



Pautan ke Ch'ng Tuition




BANK SOALAN PMR

Percubaan Negeri 2013:




BANK SOALAN SPM
Percubaan Negeri 2013:
                                       - Koleksi karangan SPM
  • Yang lain, sila klik Laman Web Bumi Gemilang di atas dan lain-lain

(Pautan akan ditambah dari semasa ke semasa)

Sabtu, 21 September 2013

GAMBAR & VIDEO PENGALAMAN NUR AFINI MAT LAZIM (4 MUAFAKAT 2013) YANG TELAH TERPILIH MENYERTAI PELAYARAN KLD TUNAS SAMUDERA

NUR AFINI BT. MAT LAZIM 
(4 MUAFAKAT 2013)
Terpilih sebagai salah seorang daripada 2 pelajar Kelantan mengikuti 
pelayaran kapal KLD Tunas Samudera 
selama 10 hari (9 - 18 September 2013) bermula di Lumut, Perak.





 









TAHNIAH!