Jumaat, 28 Oktober 2016

434,535 calon bakal duduki SPM seluruh negara

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh,
SERAMAI 434,535 orang calon dijangka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA 28 Okt. - Seramai 434,535 orang calon bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan bermula 7 November hingga 6 Disember ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, seramai 32,220 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
"Seramai 377,194 orang atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seramai 9,094 orang (2.1 peratus).
"Calon sekolah menengah agama negeri 7,931 (1.8 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian 12,847 (3.0 peratus); calon persendirian 25,713 (5.0 peratus) dan calon sekolah menengah agama rakyat 1,756 (0.3 peratus)," jelas kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan turut mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa SPM berlangsung.
Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://lp.moe.gov.my. - UTUSAN ONLINE

Rabu, 26 Oktober 2016

SEDUTAN BERITA AKHBAR : Pelajar terlibat dadah serius – TPM

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr.

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Gejala penagihan dadah dalam kala­ng­an pelajar kini di tahap cukup membimbangkan dengan Kedah, Kelantan dan Perak muncul sebagai negeri tertinggi berdepan masalah tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan Kementerian Pendidikan ke atas 35,755 pelajar tingkatan satu hingga enam, sejumlah 1,457 positif dadah.
Menurutnya daripada jumlah tersebut, pelajar tingkatan lima dan empat merupakan kumpulan terbesar yang terlibat dengan najis dadah, membentuk 73.1 peratus daripada keseluruhan jumlah yang direkodkan.
Katanya, peningkatan kadar penagihan dalam kalangan pelajar itu disebabkan tindak-tanduk pengedar dadah yang menyasarkan golongan berkenaan sebagai cara untuk memperluaskan pasaran jualan dadah mereka.
“Kita lihat pelajar yang menggunakan methamphetamine sebanyak 74 peratus, ertinya guna dadah sintetik. Sementara 20 pe­ra­tus lagi guna kanabis manakala bakinya menggunakan lain-lain jenis dadah. Jumlah 74 peratus ini cukup bahaya.
“Kerajaan bimbang dengan pe­nyalahgunaan dadah dalam ka­langan pelajar dan gambarannya di sini, masyarakat dan golongan ibu bapa perlu bersama kerajaan, jangan hanya mengharapkan agen­­si semata-mata untuk me­me­­rangi dadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim.
Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pelan Strategik Memerangi Dadah Kebangsaan akan mula dikuatkuasakan bulan depan.
Ahmad Zahid berkata, antara langkah terbaharu dengan me­nu­­buhkan makmal khas bagi me­nguji dadah serta mahkamah khas bagi membicarakan pesalah dadah agar tindakan undang-un­dang dapat dikuatkuasakan dalam tempoh yang lebih pantas. berbanding sekarang.
“Pelaksanaannya 30 hari dari mesyuarat hari ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan akan memutuskan tindakan segera,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas.

Ahad, 16 Oktober 2016

SMART BENGKEL SPM 2016 BERMULA 16 OKT. 2016

















"GOMO KALONG GOMO"

PROGRAM SELEPAS PT3 BERMULA 16 OKTOBER 2016





16 OKTOBER 2016 - TAKLIMAT
















AKTIVITI SUKAN & REKREASI