Selasa, 12 Mac 2013

ZIARAH CAKNA MURID KE RUMAH NURUL NAJIBAH BT. DZULKHAIRI (5 SETIA)

 
 
 
 
Pada 11 Mac 2013, selaku wakil Pengetua, Penolong Kanan HEM, Pn. Hjh. Nik Hasemah bt. Mamat, Guru Bimbingan & Kaunseling, Pn. Hjh Che Hasanah dan guru tingkatan 5 Setia, En. Mohd. Zaki telah melawat ke rumah Nurul Najibah bt. Dzulkhairi, murid 5 Setia yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Murid ini cedera di lengan dan terpaksa bercuti selama lebih sebulan. Program ini merupakan program berterusan oleh pihak sekolah terutamanya Unit HEM apabila berlaku sesuatu musibah terhadap pelajar atau keluarga pelajar sebagai tanda prihatin dan rasa cakna terhadap warga SMK Pangkal Kalong. PK HEM turut menyampaikan sumbangan warga SMKPK kepada murid berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan