10 Mac 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PANGKAL KALONG 2013


Pada 7 Mac 2013 (Khamis) telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Kejohanan tersebut telah berlangsung bemula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Pelajar telah dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu kategori A (pelajar tingkatan 5), kategori B (pelajar tingkatan 3 dan 4) dan kategori C (pelajar tingkatan 1 dan 2).Kejohanan berlangsung dengan lancar walaupun hari hujan kecuali kategori lelaki C terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Tn Hj. Mohd Yusoff bin Setafa (Pengetua SMK Pangkal Kalong) dan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang turut diadakan. Tahniah kepada semua pemenang.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.