25 Mac 2013

TAN SRI ANNUAR SUMBANGKAN KOMPUTER UNTUK IBU BAPA PELAJAR CEMERLANG SMK PANGKAL KALONG


PANGKAL KALONG, 25 Mac 2013 - Ibu bapa pelajar cemerlang PMR dan SPM 2012 SMK Pangkal Kalong bakal menerima satu unit komputer sumbangan YBhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar Hj. Musa, Penyelaras Parlimen Ketereh tidak lama lagi. Beliau mengumumkan sumbangan itu semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Pangkal Kalong di Dewan Bestari petang tadi.

        Kata beliau, sumbangan itu diberikan kepada ibu bapa bukannya pelajar berkenaan bagi membolehkan ibu bapa berkenaan menggunakan kemudahan komputer dan berusaha untuk mendidik anak-anak yang lain supaya cemerlang seperti anak-anak mereka yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM yang lalu.

           YBhg. Tan Sri juga turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada tabung PIBG bagi menggerakkan aktiviti kecemerlangan. Beliau mengingatkan pihak sekolah dan PIBG supaya tidak mengabaikan pelajar-pelajar yang lemah semasa merancang apa-apa program kecemerlangan supaya pelajar yang lemah tidak terus ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka yang sudah cemerlang. Kedua-dua sumbangan itu disambut baik oleh PIBG dan sekolah serta amat menggembirakan ibu bapa yang hadir.
 

 


          
 










   
Dapatkan gambar-gambar lain di Facebook Kelab Fotografi SMKPK.