SPM: Keputusan 100 peratus di 27 sekolah Kelantan
sitinor@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seramai 314 (1.22 peratus) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Kelantan berjaya memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran diduduki berbanding 372 (1.37 peratus) calon pada tahun 2013.
Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Hussin Awang berkata, calon yang mendapat semua A+ seramai lapan orang tahun 2014 berbanding 2013 seramai empat orang dan menunjukkan peningkatan seramai empat calon.
Katanya, 33,539 calon menduduki SPM dan seramai 22,799 calon layak mendapat Sijil atau 88.81 peratus.
"Sebanyak 27 sekolah mendapat keputusan 100 peratus berbanding tahun lalu 24 buah sekolah.
"Sejumlah 57 mata pelajaran diambil oleh calon SPM dan 30 mata pelajaran mencapai kelulusan 100 peratus," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34446#sthash.XzIXopoo.dpuf