24 September 2014

25 September 2014 (Khamis) Cuti Peristiwa

Kelantan isytihar 25 September hari cuti peristiwa

TUMPAT : Kerajaan Kelantan hari ini mengisytiharkan 25 September ini sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri itu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pengisytiharan itu dibuat bagi memudahkan urusan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada hari itu.
"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan kesukaran yang bakal dihadapi rakyat pada hari pembuangan undi kerana hari tersebut adalah hari bekerja, maka pihak kerajaan amat menaruh simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga yang terlibat.
"Saya sebagai ketua kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat mengisytiharkan bahawa tarikh 25 September 2014 sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh negeri Kelantan Darulnaim," katanya.
(Sumber : Berita Harian Online)