17 Februari 2015

BILAKAH KEPUTUSAN SPM 2014 AKAN DIUMUMKAN?

Keputusan SPM diumum 3 Mac
HUSSAINI AMRAN
17 Februari 2015 12:29 PM

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 yang melibatkan sebanyak 455,839 calon di seluruh negara akan diumumkan pada 3 Mac ini.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPM dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi hari berkenaan.

“Calon-calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri di mana mereka mendaftar dahulu,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE