16 Julai 2014

CERAMAH DENGGI SIRI 2 DI SMKPK






















BERITA PILIHAN: 

Kes demam denggi terus meningkat

KOTA BHARU 19 Jun - Wabak denggi di negeri ini terus mencatatkan peningkatan dengan 2,293 kes dilaporkan sejak Januari hingga 17 Jun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, jumlah kes tersebut menunjukkan peningkatan sehingga 274 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Beliau berkata, antara daerah yang menyumbang kepada peningkatan kes denggi ialah Kota Bharu dan Tumpat.
"Sebelum ini, wabak denggi telah mencatatkan penurunan kes pada bulan April dan Mei lalu namun mula meningkat secara mendadak sejak dua minggu lepas.
"Peningkatan kes ini mungkin disebabkan banyak takungan air yang terbiar selepas hujan," kata­nya.



© Utusan Melayu (M) Bhd