Jumaat, 13 Disember 2013

KEPUTUSAN PMR 19 DISEMBER INI

Keputusan PMR Diumumkan 19 Disember
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Disember ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.
Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama. "Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.
Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. -BERNAMA


Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


  • Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [ANGKA GILIRAN] dan hantar ke 15888
  • Contoh: PMR 980310125879 AZ005Z055 hantar ke 15888