24 Oktober 2013

TUAN PPD KOTA BHARU RASMIKAN MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2013

SMK PANGKAL KALONG 
(24 OKTOBER 2013) -  Majlis Anugerah Kokurikulum 2013 SMK Pangkal Kalong menjadi begitu istimewa apabila turut dihadiri dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Che Abd. Aziz bin Hj. Daud, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu sendiri.



Majlis kemuncak kepada aktiviti kokurikulum 2013 SMKPK ini dipenuhi dengan acara penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada pelajar yang telah mencapai kecemerlangan kokurikulum sepanjang 2013. Hadiah dan anugerah khas kepada pasukan dan individu yang cemerlang kokurikulum itu telah disampaikan sendiri oleh Tuan PPD.


Video yang mengimbas kegiatan kokurikulum sepanjang 2013 turut ditayangkan selepas bacaan doa.




Dalam ucapan perasmian majlis, Tuan PPD telah melahirkan perasaan bangga beliau dengan pencapaian cemerlang pelajar SMKPK sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau berharap kejayaan pelajar akan juga menjadi kejayaan yang membanggakan semua pihak.


Gambar-gambar lain akan dimuat naik kemudian