14 September 2013

PROGRAM KOLABORASI AKADEMIK SMK PANGKAL KALONG DENGAN SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

14 September 2013 (Sabtu) - Satu Program Kolaborasi Akademik untuk calon PMR telah diadakan untuk membantu calon menghadapi peperiksaan PMR. Program. kali ini melibatkan calon PMR kedua-dua buah sekolah, iaitu seramai 90 orang. 63 calon dari SMK Pangkal Kalong dan 27 calon dari SMS Tengku Muhammad Faris Petra. Mereka telah menjalani program sehari ini bertempat di SMK Pangkal Kalong.

Ketibaan rombongan guru dan calon PMR SMSTMFP telah disambut oleh Tuan Pengetua SMKPK, Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Setafa dan barisan pentadbir sekolah. Satu sesi penggambaran telah diadakan sebaik sahaja ketibaan mereka.











Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah sesi ice-breaking, riada dan bengkel teknik menjawab tiga subjek, iaitu Pendidikan Islam, Sejarah dan Geografi. Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh Guru Cemerlang subjek berkenaan dari SMSTMFP.