15 April 2013

PEMASANGAN & PENGUJIAN 1BESTARINET DI SMKPK BERMULA HARI INI

15 APRIL 2013 - Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pemasangan dan pengujian di SMK Pangkal Kalong telah bermula hari ini. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid juga berpeluang mendapat pendidikan cemerlang menerusi akses Internet yang lebih laju.