19 Februari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100 TAHUN 2013

Pada 16 Februari 2013 (Sabtu) telah diadakan majlis penyampaian Bantuan Khas Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar SMK Pangkal Kalong. Semua ibubapa pelajar telah dijemput untuk menerima duit tersebut yang berlangsung di Dewan Bestari SMK Pangkal Kalong. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Roslan bin Abd Hamid (Penyelaras Dun Kadok) iaitu wakil kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj.Annuar bin.Hj.Musa  yang tidak dapat hadir kerana ada urusan  yang tidak dapat dielakkan. Majlis berjalan dengan lancar dan pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk semua guru dan kakitangan SMK Pangkal Kalong, YDP PIBG serta  semua Penyelia Pembangunan Kampung yang turut sama menyertai majlis tersebut.