01 Januari 2013

LENCANA, PRINSIP PERKHIDMATAN, VISI, MISI DAN OBJEKTIF SMKPK

Ø   LENCANA DAN MOTO SEKOLAH

 


GERAK
Menggerakkan pelajar-pelajar supaya menjadi insan  seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek..
 
MAJU
Meningkatkan keupayaan pelajar-pelajar dari segi ilmu penge-tahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan ke arah kemajuan agama, masyarakat dan negara.
 
JAYA
Melahirkan pelajar-pelajar yang berwawasan dan berdaya maju ke arah pembentukan insan yang kamil
 
 

Ø    PRINSIP PERKHIDMATAN SMK PANGKAL KALONG

 

S      :           SETIA

M      :           MUAFAKAT

K      :           KETERAMPILAN

P      :           PROAKTIF

K      :           KREATIF

 


Ø   FALSAFAH SEKOLAH


Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan  Pangkal Kalong ialah satu usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh bersepadu dan seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

  

Ø   VISI SEKOLAH

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong akan menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan tersohor di Negeri Kelantan menjelang 2017.

 

Ø   MISI SEKOLAH

 

Merealisasikan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan cemerlang melalui pendekatan bersepadu  berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.

Ø   OBJEKTIF SEKOLAH

 

1. Melahirkan tenaga manusia yang berketerampilan dan berpotensi.

2. Melahirkan insan yang berakhlak mulia dan bermaruah.

3. Melahirkan insan yang berdaya saing di semua peringkat.

4. Melahirkan warganegara yang berguna dan bertanggungjawab.

5. Melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa.