21 Disember 2013

PERATURAN-PERATURAN AM PERKHIDMATAN PERGURUAN


  1. Pakaian Guru Semasa Bertugas
  2. (sila rujuk Surat Pekeliling Bil 7/2001 – Lampiran)
  3.  
  4. Waktu Rasmi sekolah
  5.  
  6. Sidang Pagi       : 7.30 pagi – 2.35 Petang
  7.  
  8. Masa Datang mengajar
  9.  
  10. Semua guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
  11.  
  12. Semua guru dikehendaki merekod kehadiran (datang dan balik) di mesin perakam waktu.
  13.  
  14.  
  15.  
  16. Keluar waktu Mengajar
  17.  
  18. Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu mengajar tanpa Kebenaran Pengetua
  19. Guru dikendaki mencatatkan nama, sebab dan destinasi dalam buku rekod keluar yang disimpan di pejabat sekolah.
  20.  
  21. Buku  Rekod Mengajar
  22. (sila rujuk Surat Pekeliling Bil 3/1999 – Lampiran)
  23.  
  24. Buku Rekod / Fail Perancangan Pelajaran hendaklah disediakan dengan cermat, tertatur , lengkap dan kemaskini.
  25. Butir-butir berikut hendaklah diisi:
  26. Butir-butir Peribadi
  27. Jadual waktu Peribadi / Tingkatan
  28. Sukatan Pelajaran
  29. Rancangan Pelajaran
  30. Senarai Buku teks / rujukan
  31. Rancangan Pelajaran Harian
  32. Nama dan Markah Pelajar
  33. Soalan-soalan Ujian / Peperiksaan
  34.  
  35. Buku Jadual Kedatangan (BJK) – Tindakan Guru Tingkatan
  36.  
  37. Guru tingkatan bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan
  38. BJK hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan
  39. BJK hendaklah diisi dengan lengkap segala butiran yang sepatutnya
  40.  
  41. Taklimat / Mesyuarat Guru
  42.  
  43. Semua guru diwajibkan hadir- Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pihak Pengetua
  44. Pencatat mesyuarat hendaklah mencatat dan menyiapkan minit berkenaan.
  45. Sekiranya mesyuarat diadakan bukan pada hari persekolahan guru-guru dimestikan juga mengenakan pakaian rasmi kerja.
  46.  
  47. Jadual Waktu
  48.  
  49. Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya
  50. Guru hendaklah berada di kelas mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak dibenarkan keluar kelas kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
  51. Guru yang mengetahui beliau akan menghadiri kursus atau mesyuarat hendaklah memberitahu pelajar tentang ketidakhadirannya dan memberi tugasan atau kerja kepada pelajar
  52.  
  53. Jadual Ganti
  54.  
  55. Guru hendaklah mematuhi jadual ganti
  56. Jadual ganti dianggap jadual mengajar dan guru ganti hendaklah berada di kelas berkenaan.
  57. Surat Arahan / Pekeliling / Maklumat
  58.  
  59. Surat Arahan / Pekeliling/ Maklumat hendaklah dibaca dengan segera dan diambil tindakan sewajarnya. Surat-surat Pekeliling Jabatan yang diberikan kepada guru hendaklah disimpan dengan baik. Surat Kebenaran hendaklah dikembalikan kepada pejabat untuk difailkan.
  60.  
  61. Melaksanakan Arahan Tugas
  62.  
  63. Arahan-arahan tugas dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
  64. Sekiranya tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain sebab yang tidak dapat dielakkan guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
  65. Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada pelajar.
  66.  
  67. Penggunaan Alat- Alat Harta Benda Sekolah
  68.  
  69. Guru bertanggungjawab menjaga alat/ harta benda yang digunakannya
  70. Alat-alat yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan dan mesti direkodkan
  71. Alat-alat yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada pihak berkenaan    dalam keadaan sempurna
  72. Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera
  73.  
  74. Keselamatan Pelajar
  75.  
  76. Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan baik di bilik darjah, makmal, ERT, KH, padang dan kawasan sekolah secara am. Pengawasan yang rapi hendaklah diambil.
  77. Sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan guru hendaklah melaporkan kepada guru bertugas dengan segera dan memberitahu Pengetua
  78. Semua Ketua Jabatan atau unit-unit bertanggungjawab menerangkan atau mempamerkan tatacara keselamatan di tempat –tempat berkenaan.
  79.  
  80. Bilik / guru
  81.  
  82. Semua guru bertanggungjawab menjaga keceriaan bilik guru setiap masa
  83. Kelab guru bertanggungjawab menguruskan bilik guru
  84.  
  85. Kelab Guru (Badan Kebajikan dan Permuafakatan) BKP
  86.  
  87. Semua guru di sekolah ini secara automotik menjadi ahli kelab guru
  88.  
  89. Perjumpaan Dengan Orang Luar
  90.  
  91. Guru dilarang membuat temujanji dengan pihak luar di sekolah pada hari   waktu mengajar khususnya melibatkan hal-hal peribadi
  92. Orang luar/Pelawat dilarang berjumpa dengan guru atau pelajar di bilik darjah.
  93.  
  94.  
  95. Menulis Surat Rasmi
  96.  
  97. Surat rasmi yang berkaitan dengan perjawatan / lawatan / ceramah akademik dan Hal Ehwal Murid hendaklah ditulis melalui Pengetua. Penggunaan Kepala Surat Rasmi Sekolah hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua atau bagi pihak Pengetua.
  98.  
  99. Cuti Sakit
  100.  
  101. Guru yang tidak dapat bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua dengan segera
  102. Sijil-Sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas
  103. Jenis cuti-cuti lain dapat dirujuk kepada Pekeliling di pejabat sekolah
  104.  
  105. Kursus
  106.  
  107. Guru-guru hendaklah mematuhi arahan-arahan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
  108. Guru berkenaan hendaklah mengingatkan PKP atau Ketua Bidang tentang tarikh kursus untuk tujuan meletakkan guru ganti
  109.  
  110. Larangan Merokok
  111.  
  112. Seluruh kawasan adalah ZON LARANGAN MEROKOK
  113. Pihak sekolah tidak ada kuasa menegah pihak penguatkuasa Kementerian Kesihatan menjalankan tugas di kawasan sekolah. Apa-apa tindakan berkaitan dengan larangan merokok adalah tanggungjawab sendiri.
  114.  
  115. Peraturan-peraturan lain
  116.  
  117. Peraturan-peraturan lain yang tidak disebut akan disampaikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.