10 November 2020

CATATAN PAKAR PERTANIAN TENTANG PROJEK KEBUN FERTIGASI SERI KALONG DI SMK PANGKAL KALONG

Semak Samun Bertukar Jadi Taman Fertigasi Super Ohsem”
oleh
Dulu, tapak ini hanyalah kawasan yang dipenuhi dengan belukar. Nak masuk dekat pun takut ada penunggu. Haha.

Alhamdulillah, kini tapak tersebut berubah wajah 360 darjah. Dari kawasan “jin bertendang”, ia bertukar menjadi Kebun Fertigasi yang sangat ohsem.
Tayar-tayar tersusun rapi. Pokok sawi subur menghijau. Memang cantik sangat sangat. Nak buat shooting untuk “Mael Totey The Movie 2” pun boleh. Recommended!
Perubahan ini adalah atas idea dan inisiatif Pengetua SMK Pangkal Kalong, Puan Hajjah Rosemawati.


Saya tabik spring pada puan pengetua. Baru je datang 2-3 bulan ke sekolah ni, terus berubah wajah. Tahniah Hajjah.
Masa beliau mula mula datang ke SMK Pangkal Kalong, tapak projek ini baru siap ditambun untuk dijadikan tapak parking.
Beliau luahkan hasratnya kepada Cikgu Ibrahim dan Cikgu Hadi supaya tapak ini dimanfaatkan dengan projek pertanian untuk pembelajaran pelajar-pelajarnya.
Hasrat beliau supaya projek ini menggunakan konsep kitar semula dan “go green”. Secara tak langsung, dengan konsep ini ianya dapat mendidik pelajar – pelajar untuk menjaga dan menghargai alam sekitar.
Beliau nak jadikan projek ini sebagai program merentasi kurikulum. Boleh dijadikan sebagai alat membantu mengajar dalam RBT untuk topik tertentu seperti pertanian bandar dan fertigasi.
Dengan bantuan sahabat saya, Tuan Radzi Din, projek fertigasi tayar ini dapat disiapkan dengan sempurna sekali.
Dalam proses setup tapak, ada beberapa kali Tuan Radzi tanya saya minta pendapat, teknologi mana yang paling sesuai.


Dipendekkan cerita, saya cadangkan buat fertigasi dalam tayar. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Drip baja AB melalui system pengairan titis.
Mula mula tanam dengan sawi giant. Lepas tu tanam dengan pak choi. Musim ketiga tanam dengan jagung pula.
Yang powernya, puan pengetua ni pergi cari sendiri tayar. Beliau pergi booking dari 1 kedai ke 1 kedai. Memang saya salute la dengan usaha dan kegigihan beliau. Tabik spring sekali lagi.
Bila dah siap setup semuanya, saya bekalkan sop lengkap step by step. Follow je. Jika ada masalah ditapak, kami akan turun selesaikan bersama.
Pada 29 Oktober lepas, puan pengetua ada call saya tanya kenapa daun sawi jadi warna kuning. Pokok pun tak nak besar. Saya cakap, insyaAllah hari Ahad kami pergi ke tapak.
Bila pergi ditapak, saya tengok pertumbuhan pokok memang tak capai standard. Sangat kecil tumbesarannya berbanding dengan umur pada ketika itu 18 hari lepas tanam.
Saya buat diagnostic nak cari apa sebabnya. pH air dan pH media semuanya cantik. Cahaya matahari pun dapat 100 peratus.
Saya syak ni mesti air baja tak cukup. Terus buka pam secara manual dan sukat air baja yang keluar dalam tempoh satu minit. Kami test secara rawak untuk beberapa dripper.
Ya, memang tak cukup air baja. Dalam tempoh satu minit, lebih kurang 100 ml sahaja air yang keluar daripada 1 dripper.
Untuk 2 dripper, ianya jadi 200 ml satu tayar. Sedangkan keperluan sebenar air baja adalah 1 liter untuk tayar.
Saya pun minta beliau buat macam ni dalam tempoh seminggu.
1. Drip air baja 4 minit setiap pagi. Mula drip pukul 8 pagi. Kepekatan air baja adalah 2.0
2. Drip air kosong 2 kali sehari iaitu pukul 12 tghri dan pukul 4 petang. Drip selama 4 minit. Jika hujan tak perlu drip air kosong.
3. Buat semburan foliar 3 kali seminggu pada awal pagi. Eloknya sebelum pukul 8.30 pagi.
4. Kombinasi foliar adalah baja AB dengan kepekatan 1.0 + plant booster + fish amino asid + kawalan organik serangga + kawalan organik kulat.
Alhamdulillah, pagi semalam lepas 8 hari ikut sop yang terbaru, Cikgu Ibrahim wassup maklum pokok sawinya dah gemok gemok dan cun melecun.
InsyaAllah pokok sawi ini boleh capai 500 gram sepokok masa harvest minggu depan.
Ikut jadual, satu majlis penuaian hasil akan diadakan pada 18 November 2020 nanti. Namun program tersebut terpaksa dibatalkan ekoran arahan PKPB.
Bagi saya, projek ni memang A++. Tip Top. Tahniah Puan Pengetua, Cikgu Ibrahim, Cikgu Hadi, Tuan Radzi dan semua warga SMK Pangkal Kalong. Kalian semua memang hebat.
Insyaallah kami akan bimbing projek ini untuk dapatkan sijil myGAP pula.
Buat sekolah lain yang berminat, kalian boleh jadikan SMK Pangkal Kalong sabagai mentor dan tempat rujukan.
Boleh juga rujuk Pejabat Pertanian Daerah terdekat untuk bimbingan dan khidmat nasihat. InsyaAllah mereka dapat membantu.
Sahabat,
Untuk projek di sekolah, elok bermula dengan tanaman yang mudah dulu. Pilih teknologi yang sesuai. Insyaallah peluang untuk berjaya sangat tinggi.
Bila dah berjaya, cikgu dan pelajar pun seronok. Motivasi pelajar pun akan jadi tinggi.
Semangat pelajar nak masuk bidang pertanian pun berkobar-kobar. Hujan dan panas bukan lagi halangan.
p/s : Sahabat boleh download ebook 13 SOP Kebun Dapur. Ianya PERCUMA!!

PLC MATA PELAJARAN PJPK