21 Disember 2013

PERATURAN-PERATURAN AM PERKHIDMATAN PERGURUAN


Pakaian Guru Semasa Bertugas
(sila rujuk Surat Pekeliling Bil 7/2001 – Lampiran)

Waktu Rasmi sekolah

Sidang Pagi       : 7.30 pagi – 2.35 Petang

Masa Datang mengajar

Semua guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.

Semua guru dikehendaki merekod kehadiran (datang dan balik) di mesin perakam waktu.



Keluar waktu Mengajar

Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu mengajar tanpa Kebenaran Pengetua
Guru dikendaki mencatatkan nama, sebab dan destinasi dalam buku rekod keluar yang disimpan di pejabat sekolah.

Buku  Rekod Mengajar
(sila rujuk Surat Pekeliling Bil 3/1999 – Lampiran)

Buku Rekod / Fail Perancangan Pelajaran hendaklah disediakan dengan cermat, tertatur , lengkap dan kemaskini.
Butir-butir berikut hendaklah diisi:
Butir-butir Peribadi
Jadual waktu Peribadi / Tingkatan
Sukatan Pelajaran
Rancangan Pelajaran
Senarai Buku teks / rujukan
Rancangan Pelajaran Harian
Nama dan Markah Pelajar
Soalan-soalan Ujian / Peperiksaan

Buku Jadual Kedatangan (BJK) – Tindakan Guru Tingkatan

Guru tingkatan bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan
BJK hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan
BJK hendaklah diisi dengan lengkap segala butiran yang sepatutnya

Taklimat / Mesyuarat Guru

Semua guru diwajibkan hadir- Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pihak Pengetua
Pencatat mesyuarat hendaklah mencatat dan menyiapkan minit berkenaan.
Sekiranya mesyuarat diadakan bukan pada hari persekolahan guru-guru dimestikan juga mengenakan pakaian rasmi kerja.

Jadual Waktu

Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya
Guru hendaklah berada di kelas mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak dibenarkan keluar kelas kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
Guru yang mengetahui beliau akan menghadiri kursus atau mesyuarat hendaklah memberitahu pelajar tentang ketidakhadirannya dan memberi tugasan atau kerja kepada pelajar

Jadual Ganti

Guru hendaklah mematuhi jadual ganti
Jadual ganti dianggap jadual mengajar dan guru ganti hendaklah berada di kelas berkenaan.
Surat Arahan / Pekeliling / Maklumat

Surat Arahan / Pekeliling/ Maklumat hendaklah dibaca dengan segera dan diambil tindakan sewajarnya. Surat-surat Pekeliling Jabatan yang diberikan kepada guru hendaklah disimpan dengan baik. Surat Kebenaran hendaklah dikembalikan kepada pejabat untuk difailkan.

Melaksanakan Arahan Tugas

Arahan-arahan tugas dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
Sekiranya tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain sebab yang tidak dapat dielakkan guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada pelajar.

Penggunaan Alat- Alat Harta Benda Sekolah

Guru bertanggungjawab menjaga alat/ harta benda yang digunakannya
Alat-alat yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan dan mesti direkodkan
Alat-alat yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada pihak berkenaan    dalam keadaan sempurna
Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera

Keselamatan Pelajar

Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan baik di bilik darjah, makmal, ERT, KH, padang dan kawasan sekolah secara am. Pengawasan yang rapi hendaklah diambil.
Sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan guru hendaklah melaporkan kepada guru bertugas dengan segera dan memberitahu Pengetua
Semua Ketua Jabatan atau unit-unit bertanggungjawab menerangkan atau mempamerkan tatacara keselamatan di tempat –tempat berkenaan.

Bilik / guru

Semua guru bertanggungjawab menjaga keceriaan bilik guru setiap masa
Kelab guru bertanggungjawab menguruskan bilik guru

Kelab Guru (Badan Kebajikan dan Permuafakatan) BKP

Semua guru di sekolah ini secara automotik menjadi ahli kelab guru

Perjumpaan Dengan Orang Luar

Guru dilarang membuat temujanji dengan pihak luar di sekolah pada hari   waktu mengajar khususnya melibatkan hal-hal peribadi
Orang luar/Pelawat dilarang berjumpa dengan guru atau pelajar di bilik darjah.


Menulis Surat Rasmi

Surat rasmi yang berkaitan dengan perjawatan / lawatan / ceramah akademik dan Hal Ehwal Murid hendaklah ditulis melalui Pengetua. Penggunaan Kepala Surat Rasmi Sekolah hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua atau bagi pihak Pengetua.

Cuti Sakit

Guru yang tidak dapat bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua dengan segera
Sijil-Sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas
Jenis cuti-cuti lain dapat dirujuk kepada Pekeliling di pejabat sekolah

Kursus

Guru-guru hendaklah mematuhi arahan-arahan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Guru berkenaan hendaklah mengingatkan PKP atau Ketua Bidang tentang tarikh kursus untuk tujuan meletakkan guru ganti

Larangan Merokok

Seluruh kawasan adalah ZON LARANGAN MEROKOK
Pihak sekolah tidak ada kuasa menegah pihak penguatkuasa Kementerian Kesihatan menjalankan tugas di kawasan sekolah. Apa-apa tindakan berkaitan dengan larangan merokok adalah tanggungjawab sendiri.

Peraturan-peraturan lain

Peraturan-peraturan lain yang tidak disebut akan disampaikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.