12 Disember 2021

JADUAL SPM 2021 TERKINI - KEMAS KINI 11/12/21

 KLIK DI BAWAH UNTUK LIHAT @ MUAT TURUN

07 Disember 2021

KPK: Jangan pandang ringan peningkatan kluster pendidikan


PUTRAJAYA: Peningkatan semula kluster membabitkan institusi pendidikan tidak boleh dipandang ringan memandangkan individu daripada pelbagai isi rumah akan berada dalam ruang dan waktu yang sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketidakpatuhan individu terhadap prosedur operasi standard (SOP) kerajaan akan mencetuskan kluster yang tidak diingini.

Katanya, data yang diperoleh pihaknya mendapati terdapat pertambahan 16 kluster baharu membabitkan institusi pendidikan, iaitu 12 daripadanya berlaku di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.

"Walaupun kebanyakan populasi remaja dan dewasa kini sudah lengkap vaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengingatkan semula bahawa pengambilan vaksin tidak bermakna pematuhan SOP tidak diperlukan lagi.

"Pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul dan kebersihan tangan masih lagi penting bagi mencegah jangkitan COVID-19. Elakkan tempat yang sesak kerana penjarakan fizikal juga perlu dijaga.

"Perkukuhkan tindakan kesihatan kendiri dengan mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, and Seek) bagi mendidik diri kita menjadi individu yang bertanggungjawab dan melindungi orang-orang di sekeliling kita daripada risiko jangkitan," katanya dalam kenyataan hari ini.

... lagi