15 Ogos 2020

TEMA HARI KEBANGSAAN 2020 - MALAYSIA PRIHATIN

Gambar logo merdeka 2020 dan tema hari kebangsaan Malaysia

Malaysia Prihatin tema sambutan Hari Kebangsaan 2020


Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

Sementara warna biru tua pula memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni.

Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Logo dan tema Hari Kebangsaan itu diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020.

Ini adalah kali kelima logo berbentuk hati digunakan selepas 1994, 1997, 2015 dan 2016. – BERNAMA 



14 Ogos 2020

09 Ogos 2020