PERATURAN-PERATURAN
AM PERKHIDMATAN PERGURUAN
Pakaian
Guru Semasa Bertugas
(sila
rujuk Surat Pekeliling Bil 7/2001 – Lampiran)
Waktu
Rasmi sekolah
Sidang
Pagi : 7.30 pagi – 2.35 Petang
Masa
Datang mengajar
Semua
guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng
pertama dibunyikan.
Semua
guru dikehendaki merekod kehadiran (datang dan balik) di mesin perakam waktu.
Keluar
waktu Mengajar
Guru
tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu mengajar tanpa
Kebenaran Pengetua
Guru
dikendaki mencatatkan nama, sebab dan destinasi dalam buku rekod keluar yang
disimpan di pejabat sekolah.
Buku Rekod Mengajar
(sila
rujuk Surat Pekeliling Bil 3/1999 – Lampiran)
Buku
Rekod / Fail Perancangan Pelajaran hendaklah disediakan dengan cermat, tertatur
, lengkap dan kemaskini.
Butir-butir
berikut hendaklah diisi:
Butir-butir
Peribadi
Jadual
waktu Peribadi / Tingkatan
Sukatan
Pelajaran
Rancangan
Pelajaran
Senarai
Buku teks / rujukan
Rancangan
Pelajaran Harian
Nama
dan Markah Pelajar
Soalan-soalan
Ujian / Peperiksaan
Buku
Jadual Kedatangan (BJK) – Tindakan Guru Tingkatan
Guru
tingkatan bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan
BJK
hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan
BJK
hendaklah diisi dengan lengkap segala butiran yang sepatutnya
Taklimat
/ Mesyuarat Guru
Semua
guru diwajibkan hadir- Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pihak
Pengetua
Pencatat
mesyuarat hendaklah mencatat dan menyiapkan minit berkenaan.
Sekiranya
mesyuarat diadakan bukan pada hari persekolahan guru-guru dimestikan juga
mengenakan pakaian rasmi kerja.
Jadual
Waktu
Guru
hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya
Guru
hendaklah berada di kelas mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak dibenarkan
keluar kelas kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
Guru
yang mengetahui beliau akan menghadiri kursus atau mesyuarat hendaklah
memberitahu pelajar tentang ketidakhadirannya dan memberi tugasan atau kerja
kepada pelajar
Jadual
Ganti
Guru
hendaklah mematuhi jadual ganti
Jadual
ganti dianggap jadual mengajar dan guru ganti hendaklah berada di kelas
berkenaan.
Surat
Arahan / Pekeliling / Maklumat
Surat
Arahan / Pekeliling/ Maklumat hendaklah dibaca dengan segera dan diambil
tindakan sewajarnya. Surat-surat Pekeliling Jabatan yang diberikan kepada guru
hendaklah disimpan dengan baik. Surat Kebenaran hendaklah dikembalikan kepada
pejabat untuk difailkan.
Melaksanakan
Arahan Tugas
Arahan-arahan
tugas dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
Sekiranya
tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain sebab yang tidak dapat dielakkan
guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
Tugas
yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada pelajar.
Penggunaan
Alat- Alat Harta Benda Sekolah
Guru
bertanggungjawab menjaga alat/ harta benda yang digunakannya
Alat-alat
yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan dan mesti
direkodkan
Alat-alat
yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada pihak berkenaan dalam keadaan sempurna
Sebarang
kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera
Keselamatan
Pelajar
Keselamatan
pelajar hendaklah diutamakan baik di bilik darjah, makmal, ERT, KH, padang dan
kawasan sekolah secara am. Pengawasan yang rapi hendaklah diambil.
Sekiranya
berlaku kemalangan dan kecederaan guru hendaklah melaporkan kepada guru
bertugas dengan segera dan memberitahu Pengetua
Semua
Ketua Jabatan atau unit-unit bertanggungjawab menerangkan atau mempamerkan
tatacara keselamatan di tempat –tempat berkenaan.
Bilik
/ guru
Semua
guru bertanggungjawab menjaga keceriaan bilik guru setiap masa
Kelab
guru bertanggungjawab menguruskan bilik guru
Kelab
Guru (Badan Kebajikan dan Permuafakatan) BKP
Semua
guru di sekolah ini secara automotik menjadi ahli kelab guru
Perjumpaan
Dengan Orang Luar
Guru
dilarang membuat temujanji dengan pihak luar di sekolah pada hari waktu mengajar khususnya melibatkan hal-hal
peribadi
Orang
luar/Pelawat dilarang berjumpa dengan guru atau pelajar di bilik darjah.
Menulis
Surat Rasmi
Surat
rasmi yang berkaitan dengan perjawatan / lawatan / ceramah akademik dan Hal
Ehwal Murid hendaklah ditulis melalui Pengetua. Penggunaan Kepala Surat Rasmi
Sekolah hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua atau bagi pihak Pengetua.
Cuti
Sakit
Guru
yang tidak dapat bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua
dengan segera
Sijil-Sijil
sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas
Jenis
cuti-cuti lain dapat dirujuk kepada Pekeliling di pejabat sekolah
Kursus
Guru-guru
hendaklah mematuhi arahan-arahan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Guru
berkenaan hendaklah mengingatkan PKP atau Ketua Bidang tentang tarikh kursus
untuk tujuan meletakkan guru ganti
Larangan
Merokok
Seluruh
kawasan adalah ZON LARANGAN MEROKOK
Pihak
sekolah tidak ada kuasa menegah pihak penguatkuasa Kementerian Kesihatan
menjalankan tugas di kawasan sekolah. Apa-apa tindakan berkaitan dengan
larangan merokok adalah tanggungjawab sendiri.
Peraturan-peraturan
lain