PERATURAN-PERATURAN
AM PERKHIDMATAN PERGURUAN
- Pakaian Guru Semasa Bertugas
- (sila rujuk Surat Pekeliling Bil 7/2001 – Lampiran)
- Waktu Rasmi sekolah
- Sidang Pagi : 7.30 pagi – 2.35 Petang
- Masa Datang mengajar
- Semua guru hendaklah tiba di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum loceng pertama dibunyikan.
- Semua guru dikehendaki merekod kehadiran (datang dan balik) di mesin perakam waktu.
- Keluar waktu Mengajar
- Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu mengajar tanpa Kebenaran Pengetua
- Guru dikendaki mencatatkan nama, sebab dan destinasi dalam buku rekod keluar yang disimpan di pejabat sekolah.
- Buku Rekod Mengajar
- (sila rujuk Surat Pekeliling Bil 3/1999 – Lampiran)
- Buku Rekod / Fail Perancangan Pelajaran hendaklah disediakan dengan cermat, tertatur , lengkap dan kemaskini.
- Butir-butir berikut hendaklah diisi:
- Butir-butir Peribadi
- Jadual waktu Peribadi / Tingkatan
- Sukatan Pelajaran
- Rancangan Pelajaran
- Senarai Buku teks / rujukan
- Rancangan Pelajaran Harian
- Nama dan Markah Pelajar
- Soalan-soalan Ujian / Peperiksaan
- Buku Jadual Kedatangan (BJK) – Tindakan Guru Tingkatan
- Guru tingkatan bertanggungjawab mengisi jadual kedatangan
- BJK hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan
- BJK hendaklah diisi dengan lengkap segala butiran yang sepatutnya
- Taklimat / Mesyuarat Guru
- Semua guru diwajibkan hadir- Sekiranya tidak dapat hadir sila maklumkan kepada pihak Pengetua
- Pencatat mesyuarat hendaklah mencatat dan menyiapkan minit berkenaan.
- Sekiranya mesyuarat diadakan bukan pada hari persekolahan guru-guru dimestikan juga mengenakan pakaian rasmi kerja.
- Jadual Waktu
- Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya
- Guru hendaklah berada di kelas mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak dibenarkan keluar kelas kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
- Guru yang mengetahui beliau akan menghadiri kursus atau mesyuarat hendaklah memberitahu pelajar tentang ketidakhadirannya dan memberi tugasan atau kerja kepada pelajar
- Jadual Ganti
- Guru hendaklah mematuhi jadual ganti
- Jadual ganti dianggap jadual mengajar dan guru ganti hendaklah berada di kelas berkenaan.
- Surat Arahan / Pekeliling / Maklumat
- Surat Arahan / Pekeliling/ Maklumat hendaklah dibaca dengan segera dan diambil tindakan sewajarnya. Surat-surat Pekeliling Jabatan yang diberikan kepada guru hendaklah disimpan dengan baik. Surat Kebenaran hendaklah dikembalikan kepada pejabat untuk difailkan.
- Melaksanakan Arahan Tugas
- Arahan-arahan tugas dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
- Sekiranya tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain sebab yang tidak dapat dielakkan guru berkenaan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.
- Tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh guru tidak boleh diserahkan kepada pelajar.
- Penggunaan Alat- Alat Harta Benda Sekolah
- Guru bertanggungjawab menjaga alat/ harta benda yang digunakannya
- Alat-alat yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan dan mesti direkodkan
- Alat-alat yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada pihak berkenaan dalam keadaan sempurna
- Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera
- Keselamatan Pelajar
- Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan baik di bilik darjah, makmal, ERT, KH, padang dan kawasan sekolah secara am. Pengawasan yang rapi hendaklah diambil.
- Sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan guru hendaklah melaporkan kepada guru bertugas dengan segera dan memberitahu Pengetua
- Semua Ketua Jabatan atau unit-unit bertanggungjawab menerangkan atau mempamerkan tatacara keselamatan di tempat –tempat berkenaan.
- Bilik / guru
- Semua guru bertanggungjawab menjaga keceriaan bilik guru setiap masa
- Kelab guru bertanggungjawab menguruskan bilik guru
- Kelab Guru (Badan Kebajikan dan Permuafakatan) BKP
- Semua guru di sekolah ini secara automotik menjadi ahli kelab guru
- Perjumpaan Dengan Orang Luar
- Guru dilarang membuat temujanji dengan pihak luar di sekolah pada hari waktu mengajar khususnya melibatkan hal-hal peribadi
- Orang luar/Pelawat dilarang berjumpa dengan guru atau pelajar di bilik darjah.
- Menulis Surat Rasmi
- Surat rasmi yang berkaitan dengan perjawatan / lawatan / ceramah akademik dan Hal Ehwal Murid hendaklah ditulis melalui Pengetua. Penggunaan Kepala Surat Rasmi Sekolah hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua atau bagi pihak Pengetua.
- Cuti Sakit
- Guru yang tidak dapat bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua dengan segera
- Sijil-Sijil sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebaik sahaja kembali bertugas
- Jenis cuti-cuti lain dapat dirujuk kepada Pekeliling di pejabat sekolah
- Kursus
- Guru-guru hendaklah mematuhi arahan-arahan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
- Guru berkenaan hendaklah mengingatkan PKP atau Ketua Bidang tentang tarikh kursus untuk tujuan meletakkan guru ganti
- Larangan Merokok
- Seluruh kawasan adalah ZON LARANGAN MEROKOK
- Pihak sekolah tidak ada kuasa menegah pihak penguatkuasa Kementerian Kesihatan menjalankan tugas di kawasan sekolah. Apa-apa tindakan berkaitan dengan larangan merokok adalah tanggungjawab sendiri.
- Peraturan-peraturan lain
- Peraturan-peraturan lain yang tidak disebut akan disampaikan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.