OBJEKTIF JUBLI EMAS SMKPK


RASIONAL

Rasional diadakan “Karnival Jubli Emas 50 Tahun SMK Pangkal Kalong” adalah bersempena dengan 50 Tahun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong ,Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Sambutan ini bukan hanya bertujuan meraikan 50 Tahun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan malah ianya diadakan bagi meghimpunkan kembali bekas murid dan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan di samping mengumpul dana bagi PIBG sekolah. 

MATLAMAT

Program ” Karnival Jubli Emas 50 Tahun SMK Pangkal Kalong” adalah satu program yang dirancang secara besar-besaran hasil cetusan idea oleh PIBG sebagai meraikan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, Ketereh,  Kota Bharu, Kelantan yang telah mencapai usia 50 tahun penubuhannya. Sepajang 50 tahun penubuhan sekolah ini, telah ramai bekas pelajar yang berjaya menjawat jawatan professional di dalam kerjaya masing-masing sama ada dalam sektor awam atau swasta. Justeru itu, pihak PIBG ingin mengumpul mereka dalam satu majlis bagi tujuan mengimbas kembali nostalgia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan ini yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan Ketereh.

OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai melalui “Karnival Jubli Emas 50 Tahun SMK Pangkal Kalong” ini ialah:
1.     Memperingati 50 tahun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong.
2.     Membentuk dan meningkatkan  semangat ukhwah dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa.
3.     Mempertemukan serta menjalin kembali silaturrahim antara bekas warga SMK Pangkal Kalong.
4.     Menjalin kerjasama dan persepakatan antara agensi kerajaan, swasta dan korporat di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Kalong, daerah Ketereh dan negeri Kelantan.
5.     Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa berkenalan dan bekerjasama.
6.     Menjana ekonomi PIBG untuk:
6.1. Membantu meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselamatan  murid di sekolah.
6.2. Menambah dana bagi mengumpul kos aktiviti PIBG di mana sasarannya ialah sebanyak RM 50 000.00.