23 September 2021

Tiga kaedah lancarkan pelaksanaan PICK Remaja


PUTRAJAYA: Pelaksanaan pemberian vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi esok, akan dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu secara janji temu melalui aplikasi MySejahtera, 'walk-in' dan vaksinasi berjadual.

Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata remaja di sekolah asrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan MARA, termasuk pelajar orang kurang upaya (OKU) di asrama akan diberi janji temu melalui MySejahtera, di mana mereka akan mendapat janji temu ke PPV yang berdekatan tempat tinggal mereka.

Dr Noor Azmi berkata, bagi ibu bapa kepada remaja yang bersekolah di sekolah harian, penjadualan vaksinasi dibuat bagi sekolah yang sudah dipadankan dengan setiap PPV secara giliran mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

"Jadual vaksinasi yang sudah dipersetujui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan dikeluarkan pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.

...lagi di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/867430/tiga-kaedah-lancarkan-pelaksanaan-pick-remaja