02 September 2021

INFO SAINS & KESIHATAN - KENALI PERBEZAAN ENDEMIK, EPIDEMIK & PENDEMIK

Kementerian Kesihatan hari ini mengumumkan bahawa Covid-19 akan dianggap sebagai endemik dan negara akan beralih daripada pendekatan pembendungan total. 

Menteri Khairy Jamaluddin memberitahu sidang media petang ini bahawa sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk menerima kenyataan bahawa Covid-19 akan berada di kalangan masyarakat, dan dengan itu harus belajar hidup dengan virus tersebut.

Dia mengatakan bahawa norma baru akan segera diperkenalkan oleh kerajaan agar masyarakat dapat kembali ke gaya hidup normal mereka sambil menjaga keselamatan.

"Kerajaan akan umumkan beberapa langkah untuk memudahkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada supaya tak terlalu banyak, dan rumit. "Supaya ada senarai SOP jelas dan mudah difahamai dan supaya sama-sama dapat dipraktikkan," katanya.

Menurutnya, fasa endemik akan memungkinkan lebih banyak sektor dibuka kembali, dan dia berharap hal ini dapat terjadi pada bulan Oktober ketika Malaysia mencapai imuniti kelompok.

Khairy menegaskan bahawa terdapat juga senarai tindakan yang perlu diambil oleh orang ramai untuk bersiap sedia untuk hidup dengan virus tersebut.

Dia mengatakan bahawa orang ramai mesti menerima norma baru sebagai sebahagian daripada kehidupan, termasuk untuk selalu memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Mereka yang perlu menjalani kuarantin juga harus bertanggungjawab dan tinggal di rumah, kecuali jika mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan segera di hospital. ...lagi di https://www.malaysiakini.com/news/589552 



KUALA LUMPUR: Bermula di Wuhan, China pada Disember 2019, jangkitan COVID-19 kini sudahpun menular ke serata dunia, termasuk di Malaysia. Selepas hampir dua tahun, serangan virus itu belum menunjukkan tanda akan reda, dengan angka korban global mencecah lebih empat juta mangsa, setakat ini. 

Kemunculan varian baharu lebih agresif, menyukarkan lagi usaha sistem kesihatan negara yang terjejas untuk menangani pandemik itu. 

Di sebalik penemuan vaksin, rekod di seluruh dunia menunjukkan mereka telah divaksinasi masih boleh dijangkiti COVID-19 tetapi tanpa simptom yang teruk.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan dipersetujui majoriti pakar kesihatan, menyatakan bahawa COVID-19 berkemungkinan besar menjadi endemik, iaitu kekal serta menjadi sebahagian daripada kehidupan harian manusia sebagaimana selesema. 

Persoalannya, bersediakah kita untuk 'hidup bersama' virus itu yang setakat semalam sudah meragut 8,201 nyawa di negara ini?

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am, Dr Hanafiah Bashirun, memberitahu Bernama bahawa mahu tidak mahu, perkara itu berkemungkinan besar menjadi hakikat yang perlu diterima rakyat Malaysia.

"Kita mendapati hanya beberapa negara merekodkan kes sifar dalam tempoh dua minggu berturut-turut mutakhir ini.

"Ia sekali gus membuktikan negara di seluruh dunia akan menerima COVID-19 sebagai sebahagian daripada kehidupan, sebagaimana influenza (H1N1) yang tercetus pada 2009 dan kemudian menjadi endemik," katanya.

Apabila bertukar status kepada endemik, beliau berkata, kes baharu tidak perlu lagi dimaklumkan kepada orang awam.

Namun, katanya, rakyat tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga secara berterusan, termasuk mematuhi tiga prosedur operasi standard (SOP), iaitu penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan. 

...lagi di https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/843784/kemungkinan-besar-hidup-bersama-covid-19-sebagai-endemik-pakar