16 April 2013

HADIAH PELAJAR TERBAIK PKBS1 - MAKAN DI KFC KOK LANAS

16 APRIL 2013 - Seramai 15 orang pelajar terbaik dalam PKBS 1 tingkatan 3, 4 dan 5 telah diberikan hadiah dan penghargaan istimewa oleh pihak sekolah. Mereka telah dibawa makan di KFC Kok Lanas dengan diiringi oleh beberapa orang guru. Mereka merupakan pelajar yang mendapat nombor 1 hingga 5 dalam keputusan PKBS 1 mengikut tingkatan masing-masing. Amalan ini merupakan salah satu tradisi sekolah. Aktiviti ini merupakan cara pihak sekolah memotivasikan pelajar supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan yang cemerlang walaupun dalam peperiksaan dalaman peringkat sekolah sahaja.











15 April 2013

PEMASANGAN & PENGUJIAN 1BESTARINET DI SMKPK BERMULA HARI INI

15 APRIL 2013 - Pertama kalinya, Internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) akan disediakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Pemasangan dan pengujian di SMK Pangkal Kalong telah bermula hari ini. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia. Setiap murid juga berpeluang mendapat pendidikan cemerlang menerusi akses Internet yang lebih laju. 





13 April 2013

SUKANTARA 2013 SMK PANGKAL KALONG 14 - 17 APRIL 2013











KELAS TAMBAHAN MALAM LONJAKAN SAUJANA PMR DAN SPM BERMULA 13 APRIL 2013

JADUAL KELAS TAMBAHAN MALAM 
- LONJAKAN SAUJANA SPM

Klik di atas untuk melihat jadual yang lebih besar atau muat turun.




JADUAL KELAS TAMBAHAN MALAM 
- LONJAKAN SAUJANA PMR

Klik di atas untuk melihat jadual yang lebih besar atau muat turun.

07 April 2013

SELAMAT DATANG GURU KANAN BAHASA YANG BAHARU, PN. HJH. SURIATI BT. OTHMAN



PN. HJH. SURIATI BT OTHMAN
GURU KANAN BAHASA YANG BAHARU
YANG BERTUKAR
DARI SMK PADANG KALA.

MAJLIS PERPISAHAN GURU KANAN BAHASA, EN. ASABUL KAPI B. YUSOF




\










Semasa Majlis Menghantar di SMK Padang Kala


06 April 2013

6 APRIL 2013 - KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS, PRS & KETUA TINGKATAN (SIRI 1)

6 April 2013, telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas dan Ketua Tingkatan (siri 1). Kursus ini telah dijalankan di SMK Pangkal Kalong sendiri. Gambar-gambar dan laporan lengkap akan menyusul nanti.

04 April 2013

KEJOHANAN OLAHRAGA PPD KOTA BHARU - SMKPK MENANG 1 EMAS


Peserta olahraga SMK Pangkal Kalong memenangi 1 pingat Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa dalam Kejohanan Olahraga peringkat PPD Kota Bharu yang berakhir pada 4 April 2013 yang lalu.

 

4 APRIL 2013 - PELAJAR SMKPK HADIRI CERAMAH 1M4U OLEH UMK DI SMK KETEREH








01 April 2013

JANJI DITEPATI! - IBU BAPA PELAJAR CEMERLANG PMR DAN SPM TERIMA NETBOOK

YKK PADANG KALA, 1 April 2013 - Tepat seminggu selepas mengumumkan sumbangan komputer semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Pangkal Kalong pada 25 Mac 2013 yang lalu, hari ini janji itu sudah ditepati. 

         YBhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar b. Hj. Musa, Penyelaras Parlimen Ketereh telah menyampaikan 20 set netbook kepada ibu bapa 20 orang pelajar cemerlang PMR dan SPM 2012 SMK Pangkal Kalong. Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Tan Sri Annuar di pejabat Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala. 

Pelajar Cemerlang SPM 2012, Mohd. Adli sedang menerima netbook
daripada YBhg. Tan Sri Annuar Musa 
 
 Sebahagian daripada penerima
bersama-sama Pengetua SMK Pangkal Kalong, Tn. Hj. Mohd. Yusoff b. Setafa
 
          Semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan, beliau berkata sumbangan itu diberikan kepada ibu bapa bukannya pelajar berkenaan bagi membolehkan ibu bapa berkenaan menggunakan kemudahan komputer dan berusaha untuk mendidik anak-anak yang lain supaya cemerlang seperti anak-anak mereka yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM yang lalu.  YBhg. Tan Sri juga turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada tabung PIBG bagi menggerakkan aktiviti kecemerlangan. Sumbangan itu amat dihargai oleh para ibu bapa, PIBG dan juga pihak sekolah.