16 April 2013

HADIAH PELAJAR TERBAIK PKBS1 - MAKAN DI KFC KOK LANAS

16 APRIL 2013 - Seramai 15 orang pelajar terbaik dalam PKBS 1 tingkatan 3, 4 dan 5 telah diberikan hadiah dan penghargaan istimewa oleh pihak sekolah. Mereka telah dibawa makan di KFC Kok Lanas dengan diiringi oleh beberapa orang guru. Mereka merupakan pelajar yang mendapat nombor 1 hingga 5 dalam keputusan PKBS 1 mengikut tingkatan masing-masing. Amalan ini merupakan salah satu tradisi sekolah. Aktiviti ini merupakan cara pihak sekolah memotivasikan pelajar supaya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan yang cemerlang walaupun dalam peperiksaan dalaman peringkat sekolah sahaja.