01 April 2013

JANJI DITEPATI! - IBU BAPA PELAJAR CEMERLANG PMR DAN SPM TERIMA NETBOOK

YKK PADANG KALA, 1 April 2013 - Tepat seminggu selepas mengumumkan sumbangan komputer semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 SMK Pangkal Kalong pada 25 Mac 2013 yang lalu, hari ini janji itu sudah ditepati. 

         YBhg. Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar b. Hj. Musa, Penyelaras Parlimen Ketereh telah menyampaikan 20 set netbook kepada ibu bapa 20 orang pelajar cemerlang PMR dan SPM 2012 SMK Pangkal Kalong. Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Tan Sri Annuar di pejabat Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala. 

Pelajar Cemerlang SPM 2012, Mohd. Adli sedang menerima netbook
daripada YBhg. Tan Sri Annuar Musa 
 
 Sebahagian daripada penerima
bersama-sama Pengetua SMK Pangkal Kalong, Tn. Hj. Mohd. Yusoff b. Setafa
 
          Semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan, beliau berkata sumbangan itu diberikan kepada ibu bapa bukannya pelajar berkenaan bagi membolehkan ibu bapa berkenaan menggunakan kemudahan komputer dan berusaha untuk mendidik anak-anak yang lain supaya cemerlang seperti anak-anak mereka yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM yang lalu.  YBhg. Tan Sri juga turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5000.00 kepada tabung PIBG bagi menggerakkan aktiviti kecemerlangan. Sumbangan itu amat dihargai oleh para ibu bapa, PIBG dan juga pihak sekolah.