28 April 2021

SOAL JAWAB TENTANG PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

 PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

(UNTUK RUJUKAN PERMOHONAN TAHUN 2022)


1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?

 

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?

 

Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP),  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 

Sekolah Menengah Teknik  

(SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

 

3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point?

 

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

 

4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?

 

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid  

(APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan  

menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid  secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

 

5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)  atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

 

PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) (sekarang sudah dibatalkan jadi hanya PKSK sahaja ) atau  

Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai  penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.

 

6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?

 

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

 

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%

 

Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%

 

Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%


7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?

 

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

 

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

 

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B  

secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

 

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

 

8. Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

 

Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.

 

9. Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?

 

Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi  

Pengkalan Data Murid (APDM). 

 

10. Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

 

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan  

https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan 

 

https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4.

 

11. Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem 

berbeza  daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?

 

Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.

 

12. Selain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah pemohon juga boleh membuat permohonan secara offline (secara manual)?

 

Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).


13. Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?

 

Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana - mana Sekolah Khusus.

 

14. Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?

 

Tidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang telah ditetapkan sahaja.

RUJUKAN: https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pksk