PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
26 Jun 2016
25 Jun 2016
DARI PORTAL RASMI JAKIM - KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR
Daripada Aishah RA, bahawa Rasulullah SAW beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terkahir daripada bulan Ramadhan kemudian Baginda bersabda : Carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Para ulama telah bersependapat bahawa Lailatul Qadar akan berlaku di dalam malam-malam sepuluh yang terakhir di bulan Ramadhan, ini bersandarkan kepada banyak hadith Rasulullah SAW.
- Ada juga pendapat ulama’ mengatakan bahawa Lailatul Qadar akan berlaku pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam ini (21, 23, 25, 27 dan 29).
- Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang dikehendaki.
23 Jun 2016
TERKINI! PENGETUA SMK PANGKAL KALONG BERTUKAR KE SMK WAKAF BAHARU, TUMPAT, KELANTAN
PENGETUA SMK PANGKAL KALONG, EN. MOHD. AZMI BIN AWANG
BERTUKAR KE SMK WAKAF BAHARU, TUMPAT KELANTAN
BERKUAT KUASA PADA 16 JUN 2016
BELIAU TELAH MENERIMA MEMO PERTUKARAN
DARIPADA TUAN PENGARAH PENDIDIKAN KELANTAN
PADA 20 JUN 2016 DI JPN KELANTAN
21 Jun 2016
18 Jun 2016
SAMBUTAN HARI BAPA PADA AHAD MINGGU KETIGA BULAN JUN
[HEBAHAN KPWKM] SAMBUTAN HARI BAPA 2016 BERTEMAKAN "SAYA SAYANG BAPA SAYA"
14 Jun 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pada setiap tahun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan Sambutan Hari Bapa pada minggu ke-3 dalam bulan Jun. Sambutan Hari Bapa ini bertujuan untuk menghargai jasa pengorbanan golongan bapa yang memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju kejayaan sesebuah keluarga.
Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keluarga Negara yang mengutamakan perspektif keluarga dalam setiap pembangunan sosio ekonomi Negara. Sehubungan itu, Sambutan Hari Bapa yang bertemakan "SAYA SAYANG BAPA SAYA" pada tahun ini, adalah memberi fokus kepada pengukuhan lima nilai Teras Keluarga Bahagia berkonsepkan KASIH (Kasih Sayang, Berakhlak, Sihat dan Selamat, Berilmu, dan Harmoni) saya mengajak semua lapisan masyarakat melalui komitmen agensi Kerajaan, sektor korporat, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memberi tumpuan kepada perkara asas kesejahteraan keluarga bermula daripada ikatan kasih sayang yang erat.
Melalui tema "SAYA SAYANG BAPA SAYA", setiap agensi Kerajaan, swasta dan NGO boleh mengadakan inisiatif seperti menggalakkan perkongsian mesej untuk bapa di premis masing-masing dan mengajak pekerja dan kumpulan sasar masing-masing untuk melakukan aktiviti bersama bapa bagi menghargai peranan dan tanggungjawab golongan bapa yang memainkan peranan besar menentukan hala tuju kesejahteraan sesebuah keluarga.
Semoga usaha kita bersama akan mendatangkan manfaat kepada Negara dan generasi seterusnya.

Sekian dan salam hormat.
YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

16 Jun 2016
TERIMA KASIH CIKGU KAMARIAH! SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU, SMK TENANG STESEN, SEGAMAT, JOHOR DT
MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PN. KAMARIAH OTHMAN
KEPADA TUAN PENGETUA, EN. MOHD. AZMI AWANG
PADA 16 JUN 2016
PN. KAMARIAH TELAH BERTUKAR KE SEGAMAT, JOHOR DT
MULAI 1 JUN 2016
JASAMU DI SMKPK TETAP DIKENANG SELAMA-LAMANYA.
15 Jun 2016
PROGRAM IHYA RAMADAN DI SMKPK SETIAP HARI PERSEKOLAHAN, BULAN RAMADAN 1437H/2016M
7.40 PAGI - SEBELUM SESI PEMBELAJARAN
ZIKIR, SOLAT DHUHA & SOLAT HAJAT DI DEWAN SERI KALONG & MUSSALLA
10.20 PAGI - REHAT
MURID MEMBACA AYAT HAFAZAN DI DEWAN SERI KALONG
& TAZKIRAH GURU & KAKITANGAN DI MAKMAL ICT
2.20 PETANG - SELEPAS SESI PEMBELAJARAN
TADARRUS AL-QURAN
DI MUSSALLA & MAKMAL ICT
DI MUSSALLA & MAKMAL ICT
13 Jun 2016
12 Jun 2016
06 Jun 2016
Langgan:
Catatan (Atom)