[HEBAHAN KPWKM] SAMBUTAN HARI BAPA 2016 BERTEMAKAN "SAYA SAYANG BAPA SAYA"
14 Jun 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa pada setiap tahun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensinya Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan mengadakan Sambutan Hari Bapa pada minggu ke-3 dalam bulan Jun. Sambutan Hari Bapa ini bertujuan untuk menghargai jasa pengorbanan golongan bapa yang memainkan peranan besar dalam menentukan hala tuju kejayaan sesebuah keluarga.
Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Keluarga Negara yang mengutamakan perspektif keluarga dalam setiap pembangunan sosio ekonomi Negara. Sehubungan itu, Sambutan Hari Bapa yang bertemakan "SAYA SAYANG BAPA SAYA" pada tahun ini, adalah memberi fokus kepada pengukuhan lima nilai Teras Keluarga Bahagia berkonsepkan KASIH (Kasih Sayang, Berakhlak, Sihat dan Selamat, Berilmu, dan Harmoni) saya mengajak semua lapisan masyarakat melalui komitmen agensi Kerajaan, sektor korporat, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memberi tumpuan kepada perkara asas kesejahteraan keluarga bermula daripada ikatan kasih sayang yang erat.
Melalui tema "SAYA SAYANG BAPA SAYA", setiap agensi Kerajaan, swasta dan NGO boleh mengadakan inisiatif seperti menggalakkan perkongsian mesej untuk bapa di premis masing-masing dan mengajak pekerja dan kumpulan sasar masing-masing untuk melakukan aktiviti bersama bapa bagi menghargai peranan dan tanggungjawab golongan bapa yang memainkan peranan besar menentukan hala tuju kesejahteraan sesebuah keluarga.
Semoga usaha kita bersama akan mendatangkan manfaat kepada Negara dan generasi seterusnya.
Sekian dan salam hormat.
YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat