18 Mac 2022

Aktiviti sukan, kokurikulum bersemuka di sekolah dibenar mulai 21 Mac 2022

PUTRAJAYA: Semua aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka di kawasan sekolah yang melibatkan guru serta murid sekolah berkenaan, dibenarkan mulai Isnin ini.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, pihaknya membuat beberapa penambahbaikan ke atas tatacara pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

Jelas kementerian itu, kebenaran tersebut termasuk pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang melibatkan individu atau berkumpulan secara bersemuka di kawasan sekolah. 

“Dalam hal ini, guru, jurulatih atau pengajar yang terlibat dalam aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka bersama murid hendaklah lengkap divaksin.

“Annex berkaitan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum ini boleh diperoleh melalui pautan https://www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2022/5084-annex-sukan-kokurikulum-bersemuka-kpm