PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
30 Jun 2021
MOTIVASI - 400 pelajar redah perjalanan 5km ke puncak bukit demi PdPR
KUALA KRAI: Kira-kira 400 pelajar dan penuntut universiti membabitkan lima kampung di Mukim Mambong, di sini, terpaksa merempuh perjalanan lima kilometer ke puncak bukit Kampung Bahagia, demi mendapatkan capaian internet.
Pelajar berkenaan dihantar oleh keluarga atau menunggang motosikal sendiri untuk ke kawasan itu yang mengambil masa 15 minit demi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdPR) atau pengajian secara dalam talian.
Daripada jumlah itu, 200 pelajar dan penuntut universiti dari Kampung Bahagia, manakala selebihnya dari kampung Sungai Rimau, Raba, Mambong dan Johol.
Difahamkan, kawasan puncak bukit kampung itu satu-satunya lokasi yang mampu mengakses dan memberikan capaian internet yang tinggi, menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan. Tinjauan di lokasi mendapati, kawasan berkenaan dilengkapi dua bangsal yang dibina oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah, selepas mendapati kawasan itu menjadi tumpuan pelajar.
Kemudahan yang disediakan sejak dua minggu lalu itu bagi memberi kemudahan kepada pelajar supaya mereka dapat belajar dengan selesa, selain mengelak hujan atau panas. Seramai 20 hingga 30 pelajar di kampung itu hadir dalam satu-satu sesi ke kawasan puncak bukit berkenaan untuk mengikuti PdPR atau mahu membuat rujukan maklumat pembelajaran.
Pelajar yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mimi Aina Syahira Muhamad, 17, berkata dia terpaksa menunggang motosikal setiap hari untuk ke kawasan itu bagi mengikuti PdPR."Setiap kali ada PdPR atau untuk menyiapkan kerja sekolah, saya dan rakan-rakan akan naik ke kawasan ini memandangkan liputan internet di sini laju.
"Memang susah nak dapat capaian internet di rumah menyebabkan saya dan rakan terpaksa datang puncak bukit ini.
27 Jun 2021
PKP DILANJUTKAN LAGI - PM
PETALING JAYA: Fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.
"Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.
"Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap...kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, fasa pertama Kawalan Pergerakan itu menguji ketahanan negara supaya dapat melalui proses bagi kesemua fasa yang ada dalam PPN dengan baik.
Pada 15 Jun lalu, Muhyiddin mengumumkan PPN yang merangkumi empat fasa yang akan beralih secara berperingkat.
Bagi membolehkan peralihan ke fasa kedua, purata kes harian COVID-19 perlu berada di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.
24 Jun 2021
MAJLIS DISKUSI PdPR PADA 26 JUN 2021
- Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
- Majlis Pengetua Sekolah Menengah Negeri Kelantan
- Majlis Guru Besar Negeri Kelantan
- Muafakat Guru Cemerlang Negeri Kelantan
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PdPR 3.0 MASIH LAMA LAGI - ETIKA SEMASA SESI PdPR
RENCANA:
Adab Tuntut Ilmu Walau Belajar Secara Dalam Talian
Memulakan belajar dengan berdoa
Doa merupakan harapan dan manifestasi
kebergantungan seseorang individu dengan Allah SWT. Terdapat banyak doa yang
telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW yang boleh diamalkan ketika hendak
belajar atau menuntut ilmu. Sebagai pelajar, berdoa pada setiap kali sebelum
mula belajar sepatutnya dijadikan sebagai amalan bagi memperoleh keberkatan,
ilmu yang bermanfaat, ketenangan, kemudahan serta kefahaman yang baik dan
dijauhkan daripada sifat lupa.
Melakukan persediaan awal untuk pembelajaran
Setiap pelajar perlu memainkan peranan dan bertindak lebih proaktif dan sentiasa berusaha untuk mencari maklumat berkaitan kursus atau subjek yang hendak dipelajari dengan lebih awal serta membuat persediaan sebelum pembelajaran bermula. Dalam menghadapi suasana kritikal seperti ini, pelajar tidak sepatutnya hanya bergantung kepada bahan yang dibekalkan oleh tenaga pengajar semata-mata. Selain itu, sebelum sesi pembelajaran dalam talian bermula, pastikan juga bahawa segala bahan pembelajaran telah disediakan termasuk peralatan yang diperlukan seperti alat pengecas bagi peranti yang digunakan.
Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
Bagi pembelajaran secara dalam talian, adalah sukar untuk tenaga pengajar melakukan pemantauan ke atas setiap pelajar terutama sekiranya bilangan pelajar adalah ramai. Setiap pelajar, atas rasa kesedaran dan tanggungjawab sendiri sewajarnya menghargai pengorbanan yang diberikan oleh guru mereka dengan memberikan kerjasama dan tumpuan sepenuhnya terhadap subjek pembelajaran serta menjauhi sikap sambil lewa. Semasa sesi kelas dalam talian sedang berlangsung, usahlah melakukan perkara lain yang tiada kaitan dengan pembelajaran seperti tidur, membuka laman web lain yang tiada kaitan dengan subjek pembelajaran, bersembang dan sebagainya. Perbuatan sebegini mungkin ‘berjaya’ dan tidak diketahui oleh tenaga pengajar tetapi ketahuilah bahawa perbuatan tersebut sebenarnya hanya akan merugikan diri pelajar itu sendiri.
Menepati masa
Bagi membantu kelicinan pembelajaran secara dalam talian, setiap pelajar sewajarnya menepati masa yang telah ditetapkan untuk masuk ke dalam talian dan mengekalkan keberadaan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar juga bertanggungjawab untuk membuat tugasan yang diberikan dan menghantarnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Berkomunikasi secara baik dan melibatkan diri secara aktif
Sebelum sesi kelas secara dalam talian bermula, pelajar hendaklah menggunakan nama dan gambar sebenar serta perlu memperkenalkan diri apabila diminta untuk berbuat demikian oleh tenaga pengajar atau guru. Pastikan juga kamera peranti dihidupkan sekiranya ingin berbicara dengan mereka. Sekiranya anda ingin bercakap atau bertanyakan sesuatu, mintalah izin terlebih dahulu serta perkenalkanlah diri anda dan elakkan bercakap serentak dengan pelajar lain pada masa yang sama. Sekiranya semua pelajar bercakap pada waktu yang sama, pembelajaran akan terganggu dan menjadi tidak harmoni.
Pastikan juga mikrofon peranti anda berada dalam mod senyap atau dipadamkan sekiranya anda tidak menggunakannya agar tidak mengganggu pelajar lain. Jika anda ingin turut serta dalam perbincangan secara bertulis dalam chatbox umpamanya, perkenalkanlah diri terlebih dahulu dan gunakanlah bahasa yang baik. Elakkan daripada menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, tulisan ringkas atau simbol emoji yang tidak sesuai. Sekiranya anda ingin berhenti sebentar kerana sesuatu sebab, maklumkan di dalam chat box terlebih dahulu. Selain itu, pelajar yang mengikuti kelas pembelajaran secara dalam talian juga perlu melibatkan diri secara aktif dan tidak hanya mendiamkan diri terutamanya apabila berhadapan dengan sebarang masalah pembelajaran. Ucapkanlah terima kasih kepada guru anda selepas sesi pembelajaran secara dalam talian tamat sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Pastikan juga anda tidak merakam sesuatu tanpa mendapat kebenaran atau keizinan daripada guru anda terlebih dahulu.
Menjaga penampilan diri
Walaupun pembelajaran dilakukan secara dalam talian, pelajar dinasihatkan agar memakai pakaian yang bersesuaian serta berpenampilan kemas. Perlu diingat bahawa pembelajaran secara dalam talian disaksikan oleh ramai orang serta mungkin dirakam dan perkara yang mengaibkan boleh berlaku sekiranya kamera peranti anda dihidupkan secara tidak sengaja atau secara tidak sedar. Pastikan juga latar belakang anda semasa sesi pembelajaran dalam talian berlangsung adalah sesuai serta tiada sebarang bunyi bising yang akan menganggu. Maklumkan juga kepada rakan ataupun kepada keluarga bahawa anda sedang mengikuti kelas dalam talian supaya mereka mengetahui dan tidak menganggu anda.
Kesimpulannya, Islam amat menyanjung tinggi setiap usaha yang dilakukan untuk menuntut ilmu. Namun begitu ianya perlulah dilakukan dengan cara yang beradab. Dalam Islam, ilmu dan adab sama sekali tidak boleh dipisahkan bahkan ia adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tidak ada gunanya jika seseorang pelajar itu memiliki ilmu yang hebat namun tidak mempunyai adab atau etika yang baik. Adab yang baik sebenarnya adalah cerminan atau manifestasi keilmuan seseorang. Semakin tinggi ilmu seseorang itu maka semakin baiklah adabnya dan begitu jugalah sebaliknya. Oleh yang demikian setiap pelajar perlulah memahami, mengambil berat dan mempraktikkan adab belajar yang baik walaupun ianya dilakukan secara dalam talian. Imam Malik bin Anas Rahimahullah sebagaimana yang dinukilkan di dalam Kitab Hilyatul Auliya’ pernah mengungkapkan tentang keperluan mempelajari adab sebelum mempelajari sesuatu ilmu. Sebenarnya pandemik yang yang berlaku pada hari ini juga, sama ada kita sedar atau tidak sedang mengajar manusia termasuk penuntut ilmu kembali mempraktikkan semua adab dan etika yang baik bukan sahaja dalam pembelajaran namun dalam semua aspek kehidupan.
(Dr Hasnizam Hashim ialah Pensyarah Kanan/Ketua Program Sarjana Muda Fiqh & Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan)
SUMBER: Disesuaikan - BERNAMA
20 Jun 2021
19 Jun 2021
SPM, STPM students to be given Pfizer jab from July

More ...
17 Jun 2021
JADUAL PENGAMBILAN MODUL UNTUK PdPR BERTARIKH 20 JUN - 1 JULAI 2021
Kerajaan teliti vaksin untuk pelajar, guru hadapi peperiksaan - Khairy

Kerajaan sedang meneliti untuk memberikan vaksin Covid-19 kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan pengunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.
Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin telah membangkitkan kepadanya mengenai apakah pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 boleh divaksin terlebih dahulu. Katanya, turut dibincangkan adalah program vaksinisasi di kalangan guru dan kakitangan sokongan sekolah.
"Ia munasabah kerana saya fikir anak-anak yang menghadapi peperiksaan perlu kembali ke sekolah untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan.
"Oleh itu, kami sedang mengusahakan sesuatu dengan Kementerian Pendidikan bagi menumpukan perhatian kepada pelajar peperiksaan terlebih dahulu, untuk memberi suntikan kepada para guru, kakitangan sokongan di sekolah, dan juga pelajar tahun peperiksaan.
"Sekarang Pfizer telah diluluskan untuk kanak-kanak berumur 12 hingga 18 tahun,”katanya.
Mengulas mengenai isu sama, Khairy berkata pengumuman segera akan dibuat mengenai fasa kelima PICK yang mensasarkan golongan remaja.
Sebelum keputusan DCA pada 15 Jun, vaksin Pfizer-BioNTech hanya diluluskan bagi kegunaan individu berusia 18 tahun ke atas sementara menunggu lebih banyak data sama ada vaksin itu selamat dan berkesan untuk digunakan bagi golongan muda. Ia merupakan vaksin Covid-19 pertama yang diluluskan untuk digunakan kepada remaja di Malaysia.
Menurut Khairy, dia dimaklumkan oleh Radzi bahawa terdapat 357,000 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan membabitkan 47,000 guru. Untuk memudahkan suntikan, katanya khemah vaksinasi boleh didirikan di sekolah.
Dia bagaimanapun tidak menyebut perancangan sama ada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 akan diberi vaksin bersama kumpulan utama lain yang sedang diberi vaksin ketika ini, atau hanya menerima vaksin lebih awal daripada kumpulan remaja lain.
Pada masa ini, PICK dibahagikan kepada empat fasa. Fasa pertama mensasarkan penggubal undang-undang dan barisan hadapan terutamanya pekerja penjagaan kesihatan yang merawat pesakit Covid-19. Fasa kedua mensasarkan individu yang berumur 60 tahun ke atas, orang kurang upaya atau mempunyai penyakit kronik, dan barisan hadapan yang ketinggalan pada fasa pertama. Fasa ketiga mensasarkan populasi dewasa yang lain, iaitu individu yang berumur 18 tahun ke atas yang belum diberi vaksin.
Selain itu fasa keempat yang baru diumum mulai semalam, bertujuan mengekang wabak dengan memvaksinasi mereka yang bekerja di sektor ekonomi kritikal ketika "lockdown" Fasa kedua dan keempat sedang dijalankan secara serentak.
Labuan juga diutamakan di bawah fasa keempat berikutan penularan wabak akibat varian Delta (B.1.617.2).Ia meliputi vaksin Pfizer-BioNTech yang akan dihantar pada pertengahan bulan Julai.
13 Jun 2021
JPN KELANTAN FOKUS NARATIF ASPIRASI, CABARAN BUKAN PENGHALANG
SPM 2020: JPN KELANTAN FOKUS NARATIF ASPIRASI, CABARAN BUKAN PENGHALANG
Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan
12 Jun 2021
11 Jun 2021
UCAPAN KHAS MURID TERBAIK SPM 2020, NURUL ASMA BINTI ANUAR HAKIM SELAKU WAKIL MURID SPM 2020
TAHNIAH !
NURUL ASMA BINTI ANUAR HAKIM
(TINGKATAN 5 SETIA)
MURID TERBAIK SPM 2020
SMK PANGKAL KALONG
10 Jun 2021
09 Jun 2021
KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2020 PADA 10 JUN 2021
04 Jun 2021
KOLEKSI RAK BUKU MAYA
KOLEKSI BAHAN BACAAN DALAM TALIAN
(Untuk NILAM dan menambah ilmu pengetahuan sambil mengisi masa lapang semasa TOTAL LOCKDOWN)
SMK (P) AIR PANAS, KUALA LUMPUR
SMK AMINUDDIN BAKI
SMK BANDAR BARU SERI PETALING, KL
SMK BANDAR TUN RAZAK
SMK BANGSAR
SMK DESA PERDANA
Terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menyediakan koleksi bahan bacaan di atas.
KOLEKSI RAK BUKU MAYA YANG LAIN BOLEH DIDAPATI
DI PAUTAN:
https://smkpkalong.blogspot.com/p/buku-baharu-di-pusat-sumber.html