27,911 lepasan SPM dapat tawaran lanjut pengajian
KUALA LUMPUR 6 April – Sebanyak 27,911 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian menerusi program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mac lalu.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program tersebut, wakil pusat pengajian membuat penilaian dan calon yang layak menerima surat tawaran pada hari sama.
“Peserta hanya perlu membawa sijil berkaitan dan membuat pendaftaran di mana-mana pusat pengajian yang diminati. Sekiranya layak, surat tawaran dikeluarkan serta-merta pada hari yang sama.
Artikel Penuh: