PUTRAJAYA 19
Ogos - Lembaga Peperiksaan telah menangguhkan pelaksanaan syarat wajib lulus
bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
depan.
Penangguhan itu dilakukan untuk
memberi ruang dan peluang kepada guru, pelajar serta pihak berkaitan membuat
persediaan yang lebih rapi.
Dalam pada itu, Peperiksaan Pusat Amali Sains bagi
mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan juga ditangguh untuk
memastikan kelengkapan makmal sains sekolah di
seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan
sebelum peperiksaan tersebut dilaksanakan. - UTUSAN
ONLINE