02 Mac 2015

KEPUTUSAN SPM 2014 MELALUI LANGGANAN SMS

Bagi memudahkan para pelajar membuat semakan keputusan peperiksaan SPM 2014, satu lagi perkhidmatan telah disediakan iaitu perkhidmatan SMS Langganan.
Perkhidmatan SMS Langganan ini memberi peluang kepada pengguna membuat pendaftaran awal dengan menghantar nombor kad pengenalan dan angka giliran pelajar. Seterusnya semakan keputusan peperiksaan SPM 2014 akan dihantar mengikut tarikh dan masa keputusan peperiksaan SPM 2014 diumumkan iaitu pada 10:00 pagi, 3 Mac 2015.

Bersama ini disediakan Banner Promosi Perkhidmatan SMS Langganan Semakan Keputusan SPM 2014;

Langganan MySMS SPM 2014

Masa langganan ini akan dibuka kepada umum bermula 3:00 petang, 26 Februari 2015 hingga 11.59 malam, 2 Mac 2015.

Sekian. (Laman web LPM di http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?lang=en)