KOTA BAHARU, 18 Mac
(Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan Ahad ini (22 Mac) sebagai
cuti peristiwa sempena hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Chempaka. Menteri Besar Datuk
Ahmad Yakob berkata langkah itu diambil kerana kerajaan negeri bersimpati
dengan kesukaran yang bakal dihadapi pengundi memandangkan hari pengundian
jatuh pada hari bekerja.
"Harapan saya agar
proses pengundian pada hari tersebut berjalan lancar dan aman," katanya
dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Terdapat sejumlah 20,390
orang pengundi biasa bagi PRK itu yang menyaksikan pertandingan lima penjuru
antara calon PAS dan empat calon Bebas. PAS diwakili Ketua
Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42. PRK itu diadakan
berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.
-- BERNAMA