PEMBERITAHUAN
KENYATAAN AKHBAR PENAFIAN DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN ULANGAN KERTAS 2 MATHEMATICS SPM 2014
06 November 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar dalam media sosialFacebook mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mathematics Kertas 2 Kod 1449/2 yang akan diulang pada 5 Disember 2014 dan kebocoran kertas tersebut di Melaka, Selangor dan Sabah adalah TIDAK BENAR. Sehubungan dengan itu, peperiksaan SPM berjalan seperti yang dijadualkan.