PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (KOHORT 7)
23 Julai 2022
14 Julai 2022
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH MENJAYAKAN PROGRAM JAMUAN LAKSA PIBG SMKPK 2022.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENDERMA
TABUNG PIBG SMK PANGKAL KALONG
YANG MENYUMBANG SEMASA
MAJLIS JAMUAN LAKSA
PADA 13 JULAI 2022
Insya-Allah, pihak sekolah akan terus bekerjasama dengan PIBG demi kecemerlangan anak2.
PN. ROSLINA BINTI MUSTAPA
Pengetua SMK Pangkal Kalong
12 Julai 2022
MAJLIS JAMUAN MAKAN LAKSA SAMBIL MENDERMA BAGI MENGISI TABUNG PIBG SMK PANGKAL KALONG PADA 13 JULAI 2022
JAMUAN MAKAN LAKSA
SAMBIL MENDERMA MENGISI
SAMBIL MENDERMA MENGISI
TABUNG PIBG
SMK PANGKAL KALONG
ANDA BOLEH JUGA MENDERMA SECARA DALAM TALIAN
MELALUI NO. AKAUN
RHB 20302010110384.
HANTARKAN SLIP TRANSAKSI KEPADA
SU PIBG CG. WAN RID. (019-9895970)
TERIMA KASIH
10 Julai 2022
MENIMBA ILMU - PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDILADHA
Cara Solat Sunat Aidiladha.
Sambutan Aidiladha bakal menjelma dan makmurkan hari kebesaran Islam tersebut dengan solat sunat Aidiladha.
Solat sunat Aidiladha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijjah setiap tahun. Hukumnya ada sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut mengerjakannya.
Segala rukun serta syaratnya adalah sama seperti mana solat fardhu cuma ditambah dengan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. Di antara tiap-tiap takbir disertakan dengan bacaan tasbih.
Cara Melaksanakan Solat Hari Raya
Berikut cara-cara solat hari raya yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW.
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbiratulihram iaitu “Allahuakbar” beserta niat:
“Sahaja aku solat sunat Eidiladha dua rakaat tunai (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”
“Sahaja aku solat sunat Eidiladha dua rakaat tunai (sebagai imam/makmum) kerana Allah Taala.”
2. Membaca doa iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 7 kali seperti takbir solat fardhu, “Allahuakbar”. Di antara takbir diikuti dengan bacaan tasbih.


“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.”
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat daripada surah al–Quran, disunatkan membaca surah al-A’laa atau surah-surah lain.
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak 5 kali. Di antara takbir diikuti dengan bacaan tasbih.


“Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.”
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat daripada surah al-Quran, disunatkan membaca surah al-Ghaasyiyah atau surah-surah lain.
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
Setelah selesai mengerjakan solat hari raya, khatib akan membaca 2 khutbah. Khatib disunatkan duduk antara khutbah. Khatib juga disunatkan melafazkan takbir sebanyak 9 kali pada khutbah pertama dan 7 kali pada khutbah kedua secara berturut-turut.
Tambahan:
1. Menurut Iman As-Syafie, asal perkataan ‘eid’ iaitu kembali kerana sifatnya yang dilakukan berulang kali setiap tahun.
2. Tidak disunatkan azan dan iqamah, memadai Bilal menyeru “as-Solatul Jami’ah” – Marilah Solat berjamaah.
3. Waktunya setelah naik matahari sehingga sebelum masuk waktu Zohor.
4. Disunatkan tidak makan terlebih dahulu sehingga solat telah dikerjakan.
5. Terlewat – Apabila mendapati jamaah telah selesai solat, kerjakanlah juga solat Aidiladha, jangan ragu dan malu untuk mengerjakannya hingga selesai.
07 Julai 2022
01 Julai 2022
Langgan:
Catatan (Atom)





.jpg)






















.jpg)















.jpg)






.jpg)





.jpg)





