25 Mei 2022

SAMBUTAN HARI GURU 2022 PERINGKAT SMKPK PADA 25 MEI 2022








KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM LENGKAP:

16 Mei 2022

PERDANA MENTERI: Hari Guru hargai jasa dan pengorbanan warga pendidik


PETALING JAYA: Sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari penuh bermakna buat warga pendidik terhadap jasa dan pengorbanan mereka di dalam mendidik anak bangsa Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru beliau mengharapkan semua guru akan terus berbakti dan melaksanakan amanah diberikan demi kejayaan anak-anak Keluarga Malaysia ini.


Katanya, tema sambutan Hari Guru tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ adalah bertepatan dengan komitmen warga pendidik untuk sentiasa memberikan terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.

“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

“Saya berharap para pendidik akan terus berbakti dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk anak-anak Keluarga Malaysia kita. Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa ke arah kejayaan masing-masing.

Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, tarikh 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program menjurus kepada penghargaan kepada guru dengan tema tertentu.

Pada tahun ini, tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru 2022.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/hari-guru-hargai-jasa-dan-pengorbanan-warga-pendidik/ 

15 Mei 2022

16 MEI 2022 - SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA GURU SMKPK DAN GURU SELURUH MALAYSIA




SEKITAR KEMUNCAK PERASMIAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN DI UMK, KELANTAP PADA 16 MEL 2022

Sekitar kemuncak Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-51 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Mei 2022 yang bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.
Majlis diiringi dengan ucapan YBhg. Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menyampaikan kata alu-aluan serta memimpin bacaan ikrar para guru-guru.
Seterusnya, YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan memberikan ucapan seterusnya bagi merasmikan majlis tersebut.



RENCANA: 'Raikan pengorbanan guru kita'

BACHOK, KELANTAN - Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan tahun ini yang berlangsung pada 12 Mei hingga 16 Mei.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, program yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok itu, akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dengan membawa tema ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ pada Isnin.


Setelah dua tahun sambutan Hari Guru diadakan secara dalam talian susulan penularan wabak Covid-19, maka tahun ini pelbagai aktiviti dianjurkan bagi memberi peluang kepada warga pendidik untuk turut terlibat.

Program kali ini menampilkan 24 kategori anugerah melibatkan hadiah wang tunai daripada pelbagai penaja antaranya Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad, Yayasan Guru Malaysia Berhad serta Nestle Products Sdn Bhd.

Antara anugerah yang disediakan adalah Anugerah Utama bagi kategori Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan, manakala Anugerah Khas Pendidikan mempunyai enam kategori, Anugerah Guru Inovatif (lima kategori), Anugerah Guru Cemerlang (enam kategori) dan Anugerah Ikon (lima kategori).


Melihat kepada senarai aktiviti yang disediakan, kelainan dalam festival sambutan Hari Guru ini menonjolkan keunikan seni budaya Kelantan seperti dikir barat, gendang, batik dan sebagainya.

Sebanyak 80 gerai pameran dan gerai jualan disediakan untuk pengunjung menikmati keunikan dan mengalami sendiri pengalaman mendekati profesion perguruan.
Antara aktiviti yang berlangsung pada Sabtu adalah demonstrasi wau dan gasing, persembahan simfoni tradisional, dan pertandingan mewarna prasekolah.


Pada Ahad pula, diadakan kayuhan ceria Hari Guru bersama Mohd Radzi, persembahan keroncong, gendang Cina, sewang Orang Asli serta orkestra daripada pelajar Sekolah Menengah Sains Machang.
Acara kemuncak iaitu Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-51 akan disempurnakan oleh Mohd Radzi pada jam 10 pagi, Isnin.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program yang telah disediakan sejak Sabtu hingga Isnin ini bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.




12 Mei 2022

SELAMAT BERSARA EN. BAHARUDIN BIN MAT NAWI, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK PANGKAL KALONG PADA 12 MEI 2022


 MAJLIS PERSARAAN DI SMK PANGKAL KALONG

MAJLIS JAMUAN TENGAH HARI DI HOTEL PERDANA

VIDEO KENANGAN PERJALANAN HIDUP 
SEORANG GURU:

KLIP VIDEO:

KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM LENGKAP:

10 Mei 2022

MAJLIS MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PENGETUA BAHARU YBRS. PN. ROSLINA BINTI MUSTAPA PADA 10 MEI 2022









TURUT HADIR KPPD, PPD KOTA BHARU, KELANTAN

KLIP VIDEO SAMBUTAN

KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM:

SELAMAT BERTUGAS DI SMK PANGKAL KALONG PN. PENGETUA