24 Mac 2018

16 Mac 2018

MURID-MURID SMKPK, JADIKAN INSPIRASI KEJAYAAN MEREKA


Henti guna FB, WhatsApp bantu kejayaan dalam SPM

PASIR MAS: "Pada tahun lalu, saya menutup semua media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp, demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran sebagai persediaan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Perkara itu dibuat kerana sedar media sosial itu akan melalaikan saya hingga tidak fokus dalam mengulangkaji mata pelajaran," kata pelajar terbaik Kelantan, Arif Syahmi Alias, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati yang mendapat keputusan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.
Anak yatim yang kehilangan ayah, Alias Abdul Razak, 53, akibat penyakit buah pinggang lima tahun lalu, berkata menjadi harapan keluarga terutama ibunya, Norlehah Jamon, 55, yang bekerja sebagai guru untuknya menjadi pelajar cemerlang.
Arif Syahmi yang juga anak bongsu daripada empat beradik, berkata ketiadaan ayah membuatkan dirinya lebih kuat dan tabah mengharungi kehidupan.
"Dalam pelajaran, saya fokus sepenuhnya ketika guru mengajar dan jika tidak faham, terus bertanya serta mengulang kaji di rumah.
"Saya tidak meniru ketika membuat kerja rumah yang diberi guru kerana ia akan menjadikan kita lemah dalam mata pelajaran," katanya ketika ditemui di SMKA Lati, di sini, hari ini.
Dalam keputusan SPM 2017, SMKA Lati adalah di antara 24 sekolah terbaik di Kelantan dengan sembilan pelajarnya mendapat keputusan 11A.

SEMUA A+ WALAUPUN JAWAB KERTAS SPM DI HOSPITAL

KUALA LUMPUR 15 Mac - Walaupun terpaksa mengambil tiga kertas mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di hospital akibat tekanan darah tinggi dan
migrain, perkara itu tidak menghalang Muhammad Johan Mohd. Arman, 18, untuk memperoleh semua A+ dalam sijil pelajaran itu.
Muhammad Johan yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, di sini tidak menyangka untuk memperoleh keputusan cemerlang itu dan masih lagi terkejut apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolah berkenaan.
“Saya ditahan wad selama enam hari dan terpaksa mengambil kertas peperiksaan mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan Pendidikan Islam di hospital.
“Namun, atas dorongan dan sokongan ibu bapa serta guru-guru, saya tetap kuatkan semangat dan akhirnya, hari ini saya berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Aminudin Baki, di sini hari ini.







Anak bongsu daripada enam beradik yang diumumkan sebagai calon terbaik bagi Calon Berkeperluan Khas (CBR) SPM negeri ini juga meluahkan nasib dirinya yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Muhammad Azreeq Danieal berkata, hal ini kerana ibunya meninggal dunia dua hari sebelum dia menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu.
"Ibu saya meninggal dunia betul-betul dua hari sebelum sempat saya menduduki UPSR akibat darah tinggi. Namun begitu, saya tidak menjadikan ia halangan untuk meraih keputusan 5A ketika itu.
"Hari ini, saya ingin menghadiahkan keputusan cemerlang SPM kepada arwah ibu kerana walaupun buta sebelah mata (kanan), saya tidak pernah menjadikan alasan untuk berjaya,” katanya ketika ditemui pemberita di Maktab Sultan Ismail, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-buta-sebelah-mata-bukan-halangan-raih-9a-1.628190#ixzz59xXt1Oxx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

15 Mac 2018

TAHNIAH KEPADA PELAJAR SPM 2017 SMKPK YANG TELAH MENERIMA KEPUTUSAN PADA 15 MAC 2018



 


















SEDUTAN BERITA AKHBAR SEKITAR PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2017 PADA 15 MAC 2018

SPM Kelantan meningkat, terbaik dalam empat tahun

SPM Kelantan

KOTA BHARU 15 Mac - Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 negeri ini menunjukkan peningkatan dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.95 berbanding 5.09 pada 2016.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri,  Muhammad Zahari Othman berkata, peningkatan GPN sebanyak 0.14 mata itu juga sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional 4.97 iaitu sebanyak 0.02.
"Pencapaian ini merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
"Keseluruhan calon cemerlang sekurang-kurangnya yang mendapat semua A- adalah seramai 200 pelajar daripada 30, 817 calon yang menduduki SPM di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

14 Mac 2018

GOTONG-ROYONG PERDANA 1/2018 SMKPK PADA 14 MAC 2018



  





KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT ALBUM LENGKAP